Tahukah Anda Bahawa Jus Lemon Mampu Mencegah Penyakit Batu Karang

Mungkin rasanya agak sedikit masam, tetapi tahukah anda bahawa jus lemon boleh mencegah dan mengurangkan risiko mendapat penyakit batu karang.

Biasanya batu karang terjadi apabila kurangnya kadar sitrat dalam badan. Dua jenis batu karang yang biasa terjadi iaitu batu karang kalsium oksalat dan asid urik.

Meminum jus lemon dikatakan dapat menggantikan pottasium sitrat yang biasa diberikan oleh doktor kepada pesakit batu karang.

Dipercayai juga, lemon mempunyai kadar sitrat yang tinggi dan mampu mencegah pembentukan kristal disebabkan pengikatan kalsium di dalam air kencing sehingga terjadinya batu karang.


Lemon mengandungi lima kali ganda sitrat berbanding buah oren. Kajian yang dibuat oleh pakar perubatan mendapati setengah cawan jus lemon membekalkan jumlah sitrat sama seperti preskripsi doktor.

Penghidap batu karang yang mengambil lapan lapan gelas jus lemon sehari mempunyai kadar sitrat normal di dalam air kencing selepas enam hari.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.