Foto hanya sekadar hiasan |
Perang mulut antara PAS, DAP dan PKR berhubung isu hukum hudud masih belum reda malah terus membara.
Keadaan
semakin genting bagi pakatan politik tiga parti tersebut yang sudah
tentunya akan mengugat keutuhan Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya
Umum ke 13 nanti.
Walaupun
isu pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan oleh PAS bukanlah
sesuatu yang baru namun ia kembali menjadi panas dan bahan polemik sejak
kebelakangan ini akibat sikap parti Islam itu yang kini dilihat
berdolak dalik dan tidak teguh dalam pendiriannya.
Pada
satu pihak, DAP dilihat konsisten dengan penentangan tegasnya terhadap
sebarang usaha oleh PAS untuk melaksanakan undang-undang syariah jika
Pakatan Rakyat berkuasa.
Ini berlainan pula dengan pihak PAS yang terpaksa menukar warna politik dan mengorbankan prinsip perjuangannya daripada 'Negara Islam' kepada 'Negara Kebajikan' semata-mata kerana hendak menyesuaikan dengan kehendak dan agenda politik DAP, sebuah parti politik perkauman Cina yang amat rasis dan secara terangan menonjolkan sikap anti-Melayu.
PAS
sanggup mengorbankan pemimpinnya seperti Hasan Ali yang menyuarakan
ketidak puasan hatinya terhadap sikap angkuh dan pro-Kristian DAP dalam
kerajaan negeri Selangor namun untuk menyanggah parti rasis itu jauh
panggang dari api.
Kini
nasib yang sama menimpa Hasan akan bakal diterima oleh Nasharudin Mat
Isa, bekas Timbalan Presiden PAS yang mengkritik sikap Pengerusi
Kebangsaan DAP, Karpal Singh yang katanya bukan setakat menolak hukum
hudud malah secara langsung menentang Islam sekali gus.
Dua
kali malang bagi Nasharudin kerana bukan sahaja Karpal menyatakan akan
menyaman beliau, malah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang menjadi
sekutu kuat dan pelindungnya satu ketika dahulu pun sudah memisahkan
diri daripadanya dan memihak kepada DAP.
Abdul
Hadi membayangkan Nasharudin sebagai individu yang sudah tidak penting
dalam parti dan boleh dinyahkan dari parti bila-bila masa sahaja dari
sekarang.
Begitulah
nasib yang terpaksa ditanggung oleh tokoh-tokoh PAS yang hanya bercakap
selari dengan prinsip perjuangan parti tetapi tidak secocok dengan
selera DAP.
PAS
yang pernah mendabik dada sebagai parti terkuat dalam Pakatan Rakyat
dan mahu bertanding kerusi terbanyak dalam PRU kelak, juga semakin
tertekan kerana PKR mengambil pendirian menyokong DAP dalam isu hukum
hudud.
Ketua
Umum PKR, Anwar Ibrahim menyatakan bahawa pelaksanaan hukum hudud masih
belum sesuai dan ia bukanlah merupakan dasar yang telah dipersetujui
bersama oleh ketiga-ketiga pemimpin pembangkang tersebut pada tahun
2009.
PAS
kini benar-benar tersepit dan tidak dapat membersihkan imejnya yang
kian kotor dan merosot di mata rakyat akibat dilabel sebagai keldai
tunggangan DAP dan tukang angguk PKR.
Tidak
cukup kemelut yang membelit PAS dan DAP, kini tercetus pula
pertelingkahan antara PKR dan DAP di Pulau Pinang apabila Timbalan Ketua
Menteri I, Mansor Othman menganggap Ketua Menteri, Kim Guan Eng sebagai
angkuh, bongkak dan sombong.
Tindakan
nafi menafi dari pihak PKR sudah tentu menjadi perkara biasa dalam blok
pembangkang tetapi kata-kata Mansor sebenarnya telah membuka satu lagi
jurang antara kedua-dua parti yang pasti akan menjadi semakin lebar
dalam hari-hari mendatang.
Masalah
sebenar dalam Pakatan Rakyat bukanlah Barisan Nasional sebagai musuh
utamanya tetapi PAS, DAP dan PKR yang menjadi musuh paling besar mereka
sendiri.
Setiap
parti bersikap angkuh kerana memikirkan merekalah yang paling
berpengaruh dan menyumbang paling banyak dalam PRU pada 2008.
Dengan
kedudukan kerusi dalam Dewan Rakyat pasca PRU ke-12 yang hampir sama,
ketiga-tiga parti berfikir merekalah yang paling hebat serta kuat dan
justeru tidak mahu mengalah.
PAS
setakat ini kekal dengan 31 kerusi, diikuti 28 dalam genggaman DAP
sementara PKR menjadi paling corot daripada 31 kepada 26 apabila lima
wakilnya melompat menjadi ahli bebas.
Anwar
pula terpaksa menyokong DAP kerana peranan licik parti perkauman Cina
itu yang terus mempertahankan kedudukan beliau sebagai Ketua Pembangkang
walaupun PKR yang menjadi parti minoriti tidak layak lagi mengetuai
barisan pembangkang dalam Parlimen.
Apatah
lagi DAP seringkali menyatakan sokongannya kepada Anwar sebagai bakal
Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa kelak, sesuatu yang
sehingga kini tidak pernah disuarakan oleh PAS.
Persekongkolan
PKR-DAP dalam isu-isu penting seperti calon Perdana Menteri serta hukum
hudud sepatutnya sudah cukup memberi kesedaran kepada pemimpin PAS
bahawa mereka sudah ditipu hidup-hidup.
Namun
untuk menutup malu atas kegagalan PAS menerajui Pakatan Rakyat, parti
itu sanggup menjadi hamba kepada PKR dan DAP demi tamakkan kuasa,
pangkat dan kedudukan.
Jika
Karpal terus dengan niatnya untuk menyaman Nasharudin maka terbuktilah
PAS telah menjadi parti paling bacul di negara ini kerana tidak mampu
mempertahankan dasarnya mengenai Islam.
Jika
PAS sudah hilang naluri kejantanannya mempertahankan Islam, elok
sangatlah parti itu tutup kedai, gugurkan nama suci Islam dan serahkan
semua kerusinya kepada PKR dan DAP
Barulah itu dilihat sebagai tanda hamba yang taat dan setia.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.