Panduan Penyediaan Menu Makanan Yang Terbaik Untuk Kanak-Kanak


Menyediakan sendiri makanan untuk anak adalah tindakan yang bijak dan perlu diamalkan oleh setiap ibu bapa.

Namun,beberapa perkara perlu dititikberatkan agar makanan yang diberi itu bermanfaat dan bukan memudaratkan. Baca maklumat selanjutnya di bawah ini bagi mendapatkan panduan terbaik dalam menyediakan  menu makanan untuk anak-anak.

1. Penyediaan makanan
Seboleh-bolehnya, sediakan makanan yang segar untuk anak-anak.Sekiranya anda menyejukbekukan kan makanan anda,sejukkan dengan cepat sebaik anda menyediakannya. Penyejukbekuan merupakan cara paling baik untuk mengekalkan vitamin dalam makanan yang disediakan. 
2. Tekstur makanan
Bagi bayi yang baru diperkenalkan kepada makanan pejal,mereka perlulah diberi makanan yang dikisar halus dan tidak terlalu pekat. Anda bolehlah memberi anak makanan yang sedikit kasar apabila usianya memcecah tujuh hingga sembilan bulan. Pada usia ini,anda digalakkan hanya melecek makanan dan tidak perlu dikisar halus. Apabila bayi sudah pandai memegang barang, berilah dia makanan jejari yang lembut. Anak pasti sukakanya kerana kini dia sudah boleh memegang sendiri makanannya.

3. Nutrien penting
Pastikan makanan yang anda beri pada anak anda kaya dengan pebagai zat dan sumber mineral  seperti zat besi, kalsium,vitaman C,vitamin A,dan asid lemak Omega 3.Perlu anda tahu vitamin C dan sesetengah vitamin B akan hilang dengan perlahan-lahan apabila makanan dipotong,dimasak atau didedahkan.

4. Makanan bayi bukan makanan orang dewasa
Makanan bayi perlu semula jadi tanpa sebarang perisa tambahan seperti garam,gula ataupun MSG.Ingat, yang sedap di rekak ibu bapa belum tentu baik untuk untuk kesihatan anak anda.Malah rasa sedapiniah yang selalu memudaratkan
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.