Negara Islam Perlu Tingkat Kekuatan

Perluas penyelidikan sains, teknologi, jana ekonomi

Pergolakan dan kemelut yang melanda dunia Islam bagaikan tiada noktah dan kesudahan. Bermula daripada kebangkitan yang membawa perubahan drastik di beberapa negara di Semenanjung Arab hingga kepada masalah diskriminasi ke atas etnik minoriti Islam di Myanmar, selatan Thailand,Filipina, Palestin dan beberapa negara lain, segala-galanya memerlukan pendekatan khusus dan segera untuk ditangani.

Kemajuan ekonomi di negara Islam amat perlahan berikutan tiada perhatian diberikan kepada pembangunan sains dan teknologi dan ini perlu diubah” - Dr Ms Dolatabadi, Kuasa Usaha Kedutaan Iran di Malaysia

Seperti yang ditegaskan oleh Kuasa Usaha Kedutaan Iran di Malaysia, Dr MS Dolatabadi, banyak perkara perlu dilakukan untuk menyelesaikan isu dan masalah yang membelenggu umat Islam.

Ketika bercakap pada majlis berbuka puasa bersama diplomat negara selatan, anjuran bersama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan South South Nations Gateaway (SSIG) di ibu negara baru-baru ini, beliau berkata, negara Islam perlu memberi penekanan kepada usaha memajukan teknologi dan sains, memperluaskan bidang penyelidikan dan pembangunan bagi menjana perkembangan ekonomi.

“Kemajuan ekonomi di negara Islam amat perlahan berikutan tiada perhatian diberikan kepada pembangunan sains dan teknologi dan ini perlu diubah,” katanya ketika menyampaikan ceramah berjudul ‘Perpaduan Dunia Islam: Pengalaman Iran’.

Beliau berkata negara Islam ketinggalan di belakang negara maju dalam penyelidikan dan pembangunan, penerbitan bahan saintifik, permohonan paten dan pembangunan infrastruktur. Institut Bagi Statistik Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco)n menganggarkan ada kira-kira 2,532 penyelidik bagi setiap sejuta penduduk dunia.

Ketika Kesatuan Eropah (EU) memiliki purata 6,494 orang penyelidik bagi setiap sejuta penduduk di wilayahnya, 57 negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) hanya mempunyai purata 649 penyelidik.

Dolatabadi juga merujuk data OIC yang menyatakan bahawa negara Islam kini mempunyai 53 perataus populasi berusia di bawah 25 tahun.

“Belia Islam berdepan tugas berat untuk menegakkan perpaduan ummah di seluruh dunia. Perangkaan menunjukkan bahawa belia di negara Islam mempunyai potensi yang amat tinggi dan kelebihan ini boleh digunakan untuk membentuk kepemimpinan dunia. Ini adalah salah satu kekuatan yang dimiliki negara Islam,” katanya.

Dolatabadi juga bercakap mengenai cabaran yang terpaksa dihadapi negara Islam termasuk keadaan politik tidak stabil di beberapa negara dan penderitaan yang dialami penduduk Palestin.

"Keadaan ini berlaku sebahagian besarnya berpunca daripada perpecahan di kalangannegara Islam dan kejahilan mereka mengenai keadaan rakyat Palestin. Marilah kita berdoa untuk keselamatan saudara-mara kita di Palestin," katanya, sambil menambah bahawa ia adalah suatu kewajiban untuk memupuk perpaduan di kalangan umat Islam supaya dunia menjadi tempat yang selamat dan aman.

Mengenai peranan yang boleh dilakukan oleh SSIG Dolatabadi berkata, insiatif yang diambil Malaysia untuk menubuhkan badan berkenaan membolehkan negara selatan terutama negara Islam menjalin hubungan lebih akrab.

“Saya percaya bahawa Negara Selatan akan dapat bertukar maklumat secara efektif dengan inisiatif SSIG dan saya berharap kerjasama ini akan dapat diperluaskan pada masa depan,” katanya.

SSIG diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, dan berfungsi sebagai depositori dan pusat pertukaran maklumat, berita dan siaran bahan-bahan untuk semua negara Selatan.

Sumber: Berita Harian
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.