'Jangan Asal Boleh' Dalam Memilih Pakaian Dalam Atau Bra
Kebanyakan gadis tahu bahawa memakai bra yang sesuai adalah sangat penting agar tidak mengganggu metabolisme tubuh dan melancarkan aliran darah.
Namun perkara ini tetap diambil ringan hingga ada yang membeli ‘asal boleh sahaja’. Perlu diingatkan, ada pendapat daripada pakar mengatakan andai tersalah memilih bra boleh menjadikan payudara lebih kecil, bentuk payudara tidak seimbang, menurun, melebar ke tepi hinggalah risiko kepada kanser payudara.
Jadi mulai dari sekarang, pastikan kamu memilih bra yang betul.
1. Pilih mangkuk bra yang tepat dan sesuai.
Mangkuk bra secara umumnya berukuran 32A hingga 46B. Pastikan betul-betul saiz payudara kamu. Jangan membeli bra dengan mangkuk yang lebih besar daripada saiz payudara kamu. Meskipun perbezaan ukuran di antara bra dan payudara hanya berbeza sedikit, namun pengaruhnya cukup besar.
2. Jangan tertarik kepada rekaan semata-mata.
Terdapat pelbagai rekaan yang menarik. Namun jangan tertarik pada rekaannya semata-mata kerana cantik belum tentu menjamin keselesaannya.
3. Hindari pemakaian bra daripada bahan kain.
Ini tip paling penting untuk kamu yang kini dalam usia remaja kerana usia kamu adalah usia pertumbuhan. Pemilihan bra daripada kain boleh mengganggu perkembangan payudara kerana kain bersifat tidak elastik.
4. Pilihlah garis bra yang sesuai.
Bentuk payudara yang melebar boleh memilih garis bra dengan garis horizontal. Manakala untuk payudara memanjang atau seperti buah betik pula boleh memilih garis bra vertikal.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.