Umum mengetahui Karpal Singh menetang hudud sampai mati.
Pemimpin-pemimpin lain dalam DAP terutamanya pemimpin yang Kristian atau
Pro Kristian seolah-olah menggunakan Karpal Singh sebagai alat untuk
mereka mengacau ganggu Islam di Malaysia.
Ketakutan parti PAS kalah besar di PRU13 termasuk bakal kehilangan
Kelantan dan Kedah menyebabkan PAS seperti lembu dicucuk hidung. Mereka
tidak lebih seperti manusia biasa yang tamakkan kuasa dan sayangkan
jawatan.
Kesenangan yang wakil rakyat PAS perolehi sepanjang menjadi wakil
rakyat tanpa berbuat apa-apa kepada rakyat dilihat antara faktor PAS
akan tunduk selamanya kepada DAP.
“Kebisingan” yang lantang hanya datang dari Ketua Pemuda PAS
Malaysia, Tantawi dan akhir-akhir ini anak Nik Aziz, Nik Abduh Naib
Ketua Pemuda PAS cuba berlakon supaya rakyat melihat dia berani
menentang Karpal Singh. Menurut sumber anak Menteri Besar Kelantan ini
sedang berusaha untuk mendapat tempat sebagai calon PRU13 setelah
namanya tercalar dengan teruk berikutan dia seolah-olah menerima wahyu
di Putrajaya.
Janji munafik Hadi Awang pada PRU yang ke 11 kiranya PAS menang hari
ini maka sebelum ayam berkokok esok hari PAS akan laksanakan hudud
seolah-olah telah dilupakan oleh barisan Syura PAS. Apa maksud
sebenarnya JANJI MUNAFIK Hadi Awang ini? Apakah ulama-ulama PAS yang
kononnya ulama tiada fungsi langsung? Untuk tujuan apakah Majlis Syura
PAS ini ditubuhkan? Sekadar nama biro atau badan penasihat kepada
perjalanan parti Parti yang kononnya Islam sebagai teras perjuangan.
Bagi barisan kepimpinan DAP pula kita boleh lihat seolah-olah ada
penyusunan rapi bahawa hanya yang aliran Kristian Evangalist yang akan
mendapat tempat dan jawatan paling kanan dalam barisan kepimpinan DAP.
Kita boleh lihat perubahan mendadak lapisan baru kepimpinan DAP yang
bakal mengganti Dinasti Lim Kit Siang 100% nya adalah Kristian radikal.
Mereka amat gembira bilamana isu DUMC-memurtadkan Melayu mereka menang
besar dengan tersingkirnya Dato Hassan Ali, bukan sahaja tersingkir dari
EXCO Agama malah dikeluarkan terus dari parti.
Apakah ketua pemuda PAS atau anak Nik Aziz mampu untuk berhadapan
dengan barisan pemuja taat setia Evangalist dikala Karpal Singh tidak
ada lagi didunia ini. Berapa ekor ayam jantan lagi yang bakal menjadi
simbol janji nak tegakkan hukum Allah?
Kalaulah sehebat Nik Aziz, Hadi Awang, Haron Din, Bekas Iman Masjid
Negara dan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden tak mampu untuk mengajar
Karpal Singh tentang hudud, Siapa Tantawi yang ilmunya hanya dikuku
Ustaz Fathul Bari. Fikir-fikirkanlah..
Sumber: Selangor Daily
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.