Cetusan Idea Ruang Pejabat Di Rumah


TREND berkerja dari rumah semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat. Anda yang ingin menjalankan perniagaan di rumah,tentu sekali memerlukan ruang pejabat untuk melancarkan perjalanan kerja.Walau di mana sahaja ruang pilihan anda untuk dijadikan ruang pejabat,biarlah berpadanan dan yang penting selesa.Ruang yang terhad mungkin tidak menjadi masalah sekiranya anda bijak.

Dalam hal ini,dapat dikatakan sususn atur ruang pejabat  di rumah mempengaruhi keberkesanan bekerja. Pilihlah perabot dan  barangan pejabat yang direka khas dan sesuai.Lebih baik sekiranya anda boleh buat senarai atau checklist peralatan yang diperlukan.Utamakan dahulu perkakas yang diperlukan sahaja seperti sebuah komputer,mesin fax,telefon, rak buku,meja dan kerusi.Berikut beberapa cetusan idea ruang pejabat yang penulis sarankan..:

1. Pilih Sudut Yang Santai

Sekiranya ruang pejabat anda sempit atau terhad, pastikan sudut itu nampak santai dengan susunan kemas.Anda boleh meletak kerusi malas di tepi sudut bekerja.

2. Tentukan Pencahayaan

Ruang atau bilik tersebut haruslah mempunyai pencahayaan yang cukup dan selesa untuk bekerja. Apa yang penting suasananya memberi ruang kepada anda berkerja tanpa gangguan.Elakkan cahaya terik dengan menggantung bidai atau langsir di tingkap untuk keselesaan bekerja di siang hari.

3. Pemilihan Perabot yang Sesuai

Pemilihan perabot dibuat mesti merujuk kepada keluasan ruang. Pemilihan meja pejabat yang sesuai perlu kerana ketika ini meja pejabat menyediakan reka bentuk meja kerja secara bersepadu dengan rak, meja komputer, tempat CPU yang boleh menjimat ruang. Ada sistem meja pejabat dibuat secara modular yang disesuai dengan keluasan ruang.

4. Simpan Fail Atau Buku Di Kabinet

Untuk nampak kemas dan teratur,pastikan anda simpan fail atau buku di dalam kabinet atau rak buku.Penggunaan kabinet atau rak  adalah cara terbaik untuk menjimatkan ruang.

5. Wujudkan Suasana Segar

Sentuhan ruang pejabat dengan pohon hijau menyemarakkan lagi keselesaan bekerja. Iin akan mewujudkan ruang bekerja lebih segar dan tidak nampak kaku. Untuk lebih ceria,pilih pepohon hijau kurang berdaun bagi mengelak ruang menjadi sempit.





Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.