Bocor Maklumat Sulit Kerajaan, PKR Sahkan Kakitangan Kementerian Kewangan Terlibat

Suspek pecah amanah
Dalam beberapa hari ini, tiba-tiba sahaja nama Fauziah Yaakob menjadi buah mulut ekoran pendedahan yang dibuat tentang wistleblow Rafizi Ramli dan PKR melibatkan projek sambungan LRT Ampang yang dianugerahkan kepada George Kent.

PKR menerusi wakil mereka, Rafizi Ramli dan Zuraidah Kamaruddin telah membuat sidang media untuk membantu membersihkan imej Fauziah Yaakob yang dikatakan terpaksa berulang alik ke Bukit Aman untuk disiasat dan memberikan keterangan.

Ada dua drama yang tergantung dalam 'kisah' ini. Pertama, mengapakah PKR tiba-tiba sahaja menjadi prihatin terhadap Fauziah Yaakob dengan melakukan sidang akhbar dan mempertahankan cerita bahawa Fauziah Yaakob bukanlah pembocor maklumat kepada mereka?

Walhal perkara itu sebenarnya boleh ditangani dengan mudah iaitu menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa untuk membersihkan nama Fauziah Yaakob.

Apakah PKR sebenarnya ingin membuktikan kepada kakitangan awam bahawa mereka boleh menghantar sebanyak mana rahsia dan maklumat kerana PKR bersedia membela mereka, tidak sahaja menerusi sokongan yang dibuat menerusi sidang media tetapi juga menerusi bantuan guaman?

Paling ironinya, apa yang menyebabkan PKR begitu bersungguh-sungguh mahu membela Fauziah Yaakob sedangkan kalau mereka mendiamkan diri tanpa mengusik nama Fauziah Yaakob, itu akan menjadi keuntungan yang lebih besar kepada PKR. Apabila PKR membela Fauziah dalam satu sidang media, seolah-olah memberi isyarat bahawa memang Fauziahlah orang yang menjadi dalang dan PKR yang cuba mempopularkan akta whistleblow, mahukan Fauziah dilindungi di bawah akta berkenaan.
 
 
 
Drama kedua ialah, apakah PKR cuba mengambil kesempatan hari raya dan cuti panjang untuk membolehkan tentera-tentera mereka menyusupkan maklumat yang salah kepada orang ramai. Ditambah pula dengan Rafizi Ramli yang didakwa kerana melanggar akta BAFIA dan pada masa yang sama berhadapan dengan masalah saman bersama-sama Zuraidah Kamaruddin, soksek yang melibatkan susuk tubuh Fauziah Yaakob boleh menjadi senjata terbaik untuk menunjukkan kononnya kerajaan Najib Abdul Razak sanggup mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang cuba mendedahkan skandal kewangan dan salahguna kuasa oleh kerajaan.

Apatah lagi, penjelasan sebenar tentang kesalahan Rafizi yang melanggar BAFIA masih kurang dibuat dan diuar-uarkan, membolehkan PKR menggunakan ruang dan peluang yang ada dengan seluas-luasnya.

Sumber: The Flying Kick
Share on Google Plus

About Unknown

2 comments:

  1. mesti ada sesuatu yg nak di cover oleh 2 ekor lembu bodo belaan anu..arr ni...??? kalau tak , tak kan begitu beria ia sampai buat PC....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tunggu je la sikit masa lagi..akan terbogel semua sekali termasuk 2 ekor lembu PKR tu...sabar...

      Padam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.