9 'Multi Vitamin' Berguna Yang Terhasil Dari Hubungan Seks


Kebiasaan yang kita lakukan tatkala sakit kepala ialah dengan memicit kepala dengan jari, atau  menelan pil Panadol bagi mengurangkan kesakitan. Bagaimana mahu lakukan hubungan seks jika sakit kepala? Sukar nak fokus dan sebagainya. Itu antara alasan untuk menidakkan penemuan ini yang barangkali dilalui oleh kita ( yang sudah berkahwin sahaja) secara tidak sedar.

1. Penawar sakit kepala
Bila anda enggan melakukan hubungan seks kerana sedang sakit kepala, maka bersegeralah mencari alasan lain yang lebih diterima akal. Perlu diketahui bahawa dengan melakukan hubungan seks, boleh menghilangkan sakit kepala.



Sewaktu berada di puncak orgasme, otak akan secara automatik mengarah tubuh mengeluarkan hormon pembunuh rasa sakit. Hormon itu adalah hormon yang berfungsi dan memiliki kesan seperti morfin. Secara umum, barangkali boleh dirungkai bahawa semakin banyak orgasme, maka semakin banyak ubat sakit kepala yang dikeluarkan!

2. Tingkat kualiti kesihatan
Melalui hubungan seks, mampu membuat anda lebih peka. Deria bau individu akan meningkat seiring frekuensi hubungan seks. Perlu diketahui bahawa saraf deria atau deria bau dalam hidung bekerja lebih keras tatkala kita sedang ghairah. Hal sedemikian terjadi kerana aliran darah menuju ke hidung mengalami peningkatan. Bukan rahsia bhawa apabila melakukan seks secara rutin, terbukti dapat meningkatkan kualiti hidup seseorang.

3. Awet muda
Dalam tulisan David Weeks, seorang pakar saraf dari Hospital diRaja Edinburgh berjudul "Secret of the Superyoung", menyatakan bahawa hubungan seks yang scukupnya mampu menampilkan diri seseorang itu 10 tahun lebih muda.

4. Legakan stress
Seks juga dikatakan mampu mengubati atau melegakan stress yang dialami. Bila merasa tertekan, maka seks akan membantu anda menjadi lebih rileks dan mengurangkan beban akibat rutin tugasan pejabat. Sewaktu mengadakan hubungan seks, badan kita mengeluarkan endorphin, yakni sejenis hormon yang mampu mengundang rasa ketenangan otak.

5. Tingkat sistem kekebalan
Anda perlu ketahui bahawa melalui satu kajian, telah membuktikan hubungan seks secara teratur akan meningkatkan sistem kekebalan tubuh sehingga 30 peratus. Hubungan seks akan menghasilkan hormon melatonin, iaitu satu hormon yang mampu melawan bakteria dalam darah,menghindari kesan penuaan dan awas.. ia memberi kesan mengantuk! Dengan demikian, ia boleh menghindari tubuh dari penyakit selsema dan mask angin tanpa bergantung pada ubat-ubatan.

6. Panjang usia!

Dengan izin Yang Maha Esa, usia  boleh dipanjangkan berkat perhubungan seks yang dilakukan. Percaya atau tidak? Hal ini telah dibuktikan melalui kajian yang memakan masa lebi dari 10 tahun oleh seorang Profesor dari Universiti Bristol, Shah Ebrahim. Penemuannya menyatakan bahawa perhubungan seks dapat mengurangkan risiko terkena serangan jantung dan strok.

7. Membakar kalori

Menurut Ebrahim lagi, melakukan hubugan seks adalah lebih baik dari berjoging. Dengan melakukan hubungan seks tiga kali seminggu, anda memperolehi tambahan proses pembakaran kalori hingga 8,000 kalori per tahun. Bila tubuh melakukan pembakaran kalori yang mendekati jumlah ini, maka anda akan merasa sihat dan bahagia.

8. Hindar masalah saluran darah

Barangkali anda belum tahu bahawa setiap 100 kali orgasme, beerti anda terhindar dari kematian akibat permasalahan saluran darah. Ini kerana aliran darah akan meningkat sewaktu hubungan seks dan hal sedemikian membolehkan darah ini menembusi kawasan-kawasan yang mati, secara langsung kawasan itu akan diperbaharui. Dengan erti kata lain ia merangsang re-geneasi(rejuvenasi) sel-sel badan anda sendiri.

9. Lebih romantik
Paling penting dan utama dari kesemua ialah semakin kerap anda melakukan hubungan seks,maka anda dan pasangan lebih romantik. Hormon oxytocin yang dikeluarkan setiap kali orgasme akan meningkatkan daya romantisme, seperti selalu ingin memeluk dan mencium, atau sebaliknya. Dengan demikian, hubungan cinta anda akan sentiasa aman damai.Insya-Allah
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.