10 Perkara Penting Yang Perlu Kita Ambil Peduli Ketika On-Line Di Internet
Penting dan wajib kita ambil tahu . Berikut merupakan 10 perkara yang perlu anda ketahui semasa membeli belah secara on-line, mencari maklumat atau melayari internet
1. Jangan sesekali klik pada pautan yang mencurigakan terutama yang dihantar kekotak e-mel anda. Selalunya ia dihantar oleh organisasi yang tidak diketahiu kesahihannya. Memiliki objektif yang samar seperti menipu atau meniru organisasi asal, semata-mata untuk mendapatkan maklumat peribadi pengguna seperti akaun bank dan nombor kad kredit.
2. Jangan cuba menghubungi talian telefon dari e-mel yang mencurigakan yang menyatakan ianya dari pihak bank atau sebagainya. Jika anda membuat panggilan, ianya mampu mengesan kodlaluan akaun bank anda ataupun maklumat kad kerdit. Jika ingin mendapatkan pengesahan, sila hubungi talian sebenarinstitusi kewangan yang anda tahu benar-benar wujud.
3. Selalu menaip alamat URL laman web yang dikehendaki di tapak pencarian semasa melayari laman web bank atau kad kredit berbanding cuma klik pada pautan yang tidak dipastikan kesahihannya.
4. Selalu memeriksa dataakaun anda bagi mengelakkan pengeluaran wang yang tidak anda lakukan. Mungkin ianya berlaku tanpa disedari semasa anda melayari laman web yang meminta anda memasukkan lod laluan. Jika ini belaku, sila semak dengan pihak bank atau institusi kewangan terbabit bagi mengesan syarikat yang telah mengsonglapkan wang anda itu.
5. Selalu mengimbas komputer anda dnegan perisian anti virus, firewall, sistem kawalan pemindahan data dan sebagainya. Memang banyak perisian anti virus yang menawarkan keselamatan, namun ada kalanya ia tidak utuh untuk melindungi komputer anda.
6. Selalu memperbaharui perisian keselamatan internet anda. Jangan lupa untuk install perisian keselamatan untuk peranti yang anda gunakan.
7. Jangan sewenang-wenangnya memuat turun (download) sesuatu fail tanpa anda ketahui puncanya. Fail yang selalunya kita download tanpa usul periksa ialah MP3,klip video dan games. Jangan terkejut andai fail yang anda download itu dari tapak yang tidak diketahui kesahihannya, risiko untuk dijangkiti virus juga sangat tinggi.
8. Jangan sesekali pantas membuka mana-mana fail yang dilampirkan (attachment) dari kotak e-mel anda tanpa memeriksa siapa pengirimnya. Jika anda tidak mengenali pengirimnya, lebih baik deleta sahaja e-mel tersebut.
9. Selalu menukar kata laluan (password) e-mel, laman web dan komputer anda. Ia akan menyulitkan mana-mana individu yang mahu mengodam hak privasi anda. Sebolehnya jangan menggunakan perkataan yang mudah sebaliknya campurkan ia menggunakan perkataan atau simbol untuk mencipta kata laluan.
10. Sentiasa mengimbas peranti yang sering digunakan untuk memuat atau memindahkan data seperti thumb drive atau Cd dengan perisian anti virus sebelum anda menggunakannya. Telefon bimbit dan pemain MP3 juga berisiko tinggi dalam memindahkan virus ke dalam komputer anda. Justeru anda perlu install perisian keselamatan di dalam gajet tersebut sabagai langkah keselamatan.
Terbaek bro..
BalasPadamSelamat Hari Raya Bro...
Padam