Benarkah Peranan Warna Mampu Mempengaruhi Kehidupan Seksual Seseorang


Selain mengetahui dan mempraktikkan rahsia untuk mengekalkan "ketahanan",  anda juga perlu mengetahui rahsia di sebalik warna kegemaran anda dan pasangan. Tahukah anda bahawa warna juga memainkan peranan penting dalam membentuk kebahagiaan rumah tangga khususnya dalam kehidupan seksual anda?

Apabila membicarakan tentang warna kegemaran, pastinya semua orang mempunyai warna kegemaran tersendiri. Tetapi apa yang lebih menarik, menurut pakar seksologi, warna kegemaran bukan sahaja memberi sumber inspirasi, malah juga boleh menjadi cerminan kemahuan seksual seseorang terhadap pasangannya.

Adakah ia benar? Lihat penjelasan tentang warna kegemaran anda dan pasangan. Adakah ianya bertepatan dengan anda?

Warna merah
Sekiranya anda seorang yang suka warna merah, apa kata bangkitkan kehangatan di ruang kamar mu dengan rona menyala ini. Di kamar, mereka yang menggemari warna ini boleh diibaratkan seperti  "singa dalam kandang", mahir meembangkitkan ghairah pasangan dan bijak menikmati pelbagai imiginasi seks. Sesekali kemahuan seksualnya membara, maka pasangannya perlukan masa yang lama untuk memadamkannya. Sekiranya anda menyukai warna merah, anda disarankan memiliki pasangan yang juga suka warna ini.

Warna kuning
Maaflah, penggemar warna kuning mungkin tidak sehebat penggemar warna merah. Menurut pakar, mereka yang sukakan warna kuning merupakan orang yang pasif di atas  ranjang dan tidak mempunyai daya imiginasi yang bebas mengenai perlakuan seks. Adakah ini benarterjadi pada anda? Oh! Bosannya. Jadi sekiranya anda seorang penggemar warna kuning, anda digalakkan memiliki pasangan yang lebih agresif dan imiginatif.



Warna Merah jambu
Si penggemar merah jambu, belajarlah untuk berfikir lebih dewasa. Begitulah yang disarankan oleh pakar seksologi. Menurut pakar, penggemar warna ini dikatakan hanya suka menggoda pasangannya dengan gaya yang seksi dan mengghairahkan, tetapi malas untuk meneruskan permainanyang lebih menghangatkan. Ditambah pula sikap egonya. Mereka juga dikatakan hanya menyukai bahagian-bahagian yang tertentu sahaja. Keegoan itu lebih terserlah ketika pasangannya yang melakukan pemanasan.

Warna ungu
Ada sifat dan sikap buruk penggemar warna unggu yang tidak menyenangkan. Menurut pakar, mereka yang menggemari warna ini sangat mementingkan penampilan peribadinya. Mereka tidak mahu dilihat sebagai seorang yang serba kekurangan dan menganggap diri serba tahu. Dalam soal seksual, mereka syok sendiri. Kononnya serba tahu untuk membangkitkn ghairah pasangan, tetapi sebaliknya. Namun penggemar warna ungu sukakan permainan seks yang sedikit nakal dan liar. Pakar seksologi menyarankan agar golongan ini lebih memikirkan kepuasan seks daripada hanya memikirkan soal penampilan semata-mata.

Warna hitam
Adakah anda seorang penggemar warna hitam? Warna hitam seringkali dikaitkan dengan misteri, teguh, dan mewah. Seseorang yang menggemari warna hitam selalunya tegas, tahu apa yang dimahkan dan bijak mengatur strategi demi mencapai apa yang didambakan. Si hitam  juga dikatakan lebih gemar melakukan aktiviti seks yang luar biasa. Bahkan ada yang mengatakan mereka juga memiliki hasrat seksual yang mengebu walaupun di saat bersedih atau tertekan. Jadi, tiada jalan lain buat si hitam melainkan memilih pasangan yang juga menyukai warna hitam. Pasti permainan di ranjang penuh mendebarkan.
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.