Gambar sekadar hiasan |
Penulis sikit pun tidak tekejut bila mendengar berita tak senonoh ini yang melibatkan pemimpin Pembangkang. Perkara seperti sumbang mahram, khalwat, liwat dan berzina dengan bini orang seperti sudah menjadi perkara biasa kepada mereka.
Pada mereka, soal moral pemimpin tidak penting dan menjadi keutamaan. Paling penting ialah menawan Putrajaya dan menumbangkan kerajaan sedia ada.
Sekiranya sudah terkantoi, bukan susah sangat hendak menafikan kejadian yang berlaku. Dengan sedikit tunjuk ajar dari mahaguru yang telah dianugerahi dengan title manusia 'Anugerah Tuhan', maka semua benda settle...
JERANTUT: Seorang pemimpin kanan sebuah parti
pembangkang dan anak lelakinya ditahan bagi membantu polis berhubung
satu kes sumbang mahram.
Mereka dibebaskan pada Isnin.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim,
mangsa, 15, melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lepas di sebuah
pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur.
"Kedua-dua suspek, bapa dan anak itu bagaimanapun dibebaskan semalam
atas jaminan pihak polis," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.
Beliau berkata, polis juga mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu.
Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan
sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya
umum ke-12.
Bagaimanapun, suspek yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri
di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan
Nasional. - BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.