Bau Badan Punca Teman, Pasangan Menjauhkan Diri Daripada Kita

Bila kita meningkat dewasa, kelenjar apocrine mengeluarkan peluh yang mengandungi lemak berlebihan yang merupakan punca bau badan. Masalah bau badan berpunca daripada badan yang kurang bersih. Makanan adalah faktor penyumbang keadaan ini.

Mungkin ramai yang tidak dapat menerima pandangan ini kerana masing-masing mengaku mandi setiap hari paling tidak dua kali sehari.Ya, selepas mandi badan anda memang tidak berbau, tetapi setelah berpeluh aroma yang tidak menyenangkan ini mula menonjolkan diri.

Mengapa? Kelenjar apocrine terdapat di seluruh badan kita. Kelenjar ini sudah ada sejak kita kecil lagi. Fungsi utamanya ialah untuk mengatur suhu badan kita melalui proses berpeluh. Tetapi kelenjar apocrine banyak terdapat di bahagian ketiak dan bahagian-bahagian lain yang berbulu. Kelenjar ini juga berfungsi mengeluarkan peluh secara lebih aktif sebaik sahaja usia kita meningkat remaja.

Peluh dari kelenjarapoccrine mengandungi banyak lemak dan protin. Inilah yang menjadi punca bau badan yang menyerlah sebaik sahaja kita meningkat remaja. Kanak-kanak tidak mengalami gejala ini.

Bau busuk adalah berpunca dari penguraian bahan-bahan protin yang terkandung dalam peluh yang dikeluarkan oleh apocrine . Mikrob mengurai peluh untuk makan. Penguraian bahan protin ini menghasilkan sejenis bahan amonia. Kita tahu amonia memang sifatnya berbau busuk. Inilah punca bau badan.

Bagaimana cara mengatasinya?

Anda perlu ingat bahawa kulit badan kita terbina daripada jutaan sel-sel yang membentuk tisu kulit. Dan sepanjang masa tisu ini memang mati diganti dengan kulit yang baru. Tisu yang mati ini akan membentuk belulang nipis yang menyelaputi badan kita. Lapisan-lapisan nipis belulang perlu dibuang dengan apa cara sekalipun.

Tetapi adalah lebih praktikal dilakukan ketika mandi. Kain sintetik yang direka khas dengan tekstur permukaannya yang kasar supaya dapat menghakis lapisan-lapisan nipis belulang di kulit. Dengan kain biasa sama ada dari jenis kapas atau linen, atau kain tuala kurang berkesan, kerana teksturnya bukan untuk tujuan ini.

Semoga kita dapat mencuba bagi sesiapa yang mempunyai bau badan ini.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.