Tak Sanggup Tanggung Kerugian, Pelabur Utama Rancang Tinggalkan Selangor

Nestle-Malaysia-Bhd

Sistem catuan air yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor menerusi cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mula memberi kesan kepada pendapatan negeri itu sendiri. Ketiadaan idea atau cadangan pragmatik daripada Kerajaan Negeri menambahkan lagi masalah yang sedang melanda Selangor.

Justeru tidak hairanlah apabila wakil DAP mencadangkan agar Kerajaan Negeri segera menarik semula perintah catuan air yang dibuat sekarang.

Sudah banyak syarikat terutama sekali yang berasaskan makanan mulai merungut dan mengadu tentang kerugian yang mereka perlu hadapi setiap hari. Terbaru adalah Nestle yang mempunyai kilang besar di Shah Alam.

Catuan air telah membuatkan kilang tersebut kerugian antara RM12 juta sehingga RM15 juta setiap hari. Sekaligus gangguan berkenaan turut memberi kesan kepada masa hadapan para pekerja di kilang tersebut yang jumlahnya melebihi 300 orang. Pengurusan kilang tersebut, pastinya akan mengambil langkah terakhir iaitu membuang semua tenaga kerja dan seterusnya memindahkan lokasi operasi ke kawasan lain yang lebih terjamin.

Dan sudah pastilah, lokasi baru yang akan menjadi perhatian pengurusan NESTLE adalah di Indochina yang tidak sahaja memberikan jaminan tentang bekalan air, bahkan tenaga kerja yang lebih murah dan kurangnya kerenah politik terutama sekali membabitkan politik di kalangan para pekerja mahupun gangguan daripada pemimpin-pemimpin politik setempat yang gemar menghasut dan mengganggu urusan serta perjalanan kilang berkenaan.

NESTLE bukanlah satu-satunya kilang besar yang sudah mula menunjukkan kecenderungan untuk berpindah lokasi ke Indochina sebaliknya beberapa kilang besar yang lain turut menunjukkan kecenderungan yang sama. Pelabur-pelabur yang dibawa masuk dari zaman pentadbiran Barisan Nasional, nampaknya cuba dihalau keluar oleh Pakatan Rakyat.

Baca seterusnya di The Selangor Chronicle
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.