Presiden Kafa Kurang Senang Dengan Gelagat Penaja Baru TRW

Annuar Musa TRW

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa hari ini melahirkan rasa kurang senang dengan sikap bakal penaja pasukan bola negeri itu kerana begitu ghairah mengeluarkan kenyataan kepada media sebelum ada rundingan sebenar.

Jelasa beliau lagi, tindakan tersebut perlu ini untuk mengelak salah faham dan berkemungkinan akan  mengganggu proses rundingan dengan penaja-penaja lain.

"Saya harap mana-mana penaja yang nak taja TRW tidak akan membincangkannya dalam media sebelum ada rundingan sebenar.

"Sebarang tajaan perlu mengikuti prosedur tertentu dan harus ada rundingan secara rasmi. Saya mohon perkara ini dihormati dan Kafa tidak mahu isu tajaan menimbulkan salah faham kepada mana-mana pihak," katanya.

Saranan Annuar itu dipercayai merujuk kepada Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung perbincangan melibatkan kedua-dua pihak.

Terdahulu, Dr Hasmiza dalam satu kenyataan kepada media telah menetapkan dua syarat kepada Kafa sebelum bersedia menaja badan induk itu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2016.

Antara syarat yang perlu dipenuhi Kafa ialah Stadium Sultan Muhammad IV ditukar kepada merah jambu dan nama baharu skuad Kelantan seharusnya didahului dengan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW).
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.