KUALA LUMPUR - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk
Seri Anwar Ibrahim secara rasmi menarik diri dari merebut jawatan
Presiden PKR pada pemilihan kali ini.
Pengarah Jawatankuasa Pemilihan PKR, Datuk Johari Abdul berkata, tindakan Anwar itu atas nasihat peguamnya dan satu surat rasmi bertarikh 19 April telah diserahkan kepada jawatankuasa berhubung keputusan tersebut.
"Pengundurannya juga mengambil kira keadaan semasa termasuk kematian bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh dan rayuan kesnya selain pendaftaran ROS.
"Kita lihat tidak ada calon lain selain isterinya, Datin Seri Wan Azizah yang masih mengekalkan pencalonan," katanya pada sidang di ibu pejabat PKR di sini sebentar tadi.
Jawatankuasa Pemilihan PKR menetapkan 25 April hingga 11 Mei depan sebagai tarikh pengundian pemilihan pucuk pimpinan parti dan akan dijalankan mengikut zon secara berperingkat dalam tempoh tiga minggu.
Keputusan undian dijangka diketahui selewat-lewatnya 5 petang sebaik proses pengundian tamat manakala barisan kepimpinan baharu akan diumumkan selewat-lewatnya 13 Mei.

Sumber: Rakyat News
lepas anwar tarik diri, johari abdul terus baca je skrip yg dah siap lebih awal. masa anwar dicalonkan, skrip sudah siap ada dalam envelop. "tolong baca dalam ni bila aku tarik diri. jangan sampai sesiapa tahu terutama azmin, paham!!".
BalasPadamhehehe...setuju dengan komen Tuan
PadamDrama yang tidak ada unsur suspen, dah dijangka dan malangnya jangkaan itu benar.
BalasPadamkalau buat filem mesti tak laku...melainkan filem cinadoll
Padam