
Anwar juga pernah digelar sebagai 'Malaysia's chameleon' oleh web portal The Economist kerana sikap dan pendirianya yang sering berubah-ubah mengikut keadaan dan keperluan semasa apabila disoal tentang beberapa perkara seperti pendirianya dalam isu hak asasi dan kebebasan.
Maka tidak hairanlah, jika kita dapat lihat rupa bentuk Anwar yang boleh bertukar-tukar hari ini begitu menonjol di Kajang meraih simpati undi walau belum masuk hari berkempen pilihanraya kecil yang dijadual akan bermula pada awal bulan Mac depan.

Itulah Anwar yang masyarakat umum kenali, boleh bertukar menjadi apa sahaja mengikut kehendaknya asalkan hajat di hati tercapai. Penulis hanya boleh berharap agar warga Kajang dapat berfikir banyak kali sebelum membuat pilihan semasa hari mengundi nanti supaya tidak menyesal kemudian hari kerana memilih Anwar.
Walaupun tarikh rasmi berkempen pilihan raya kecil (PRK) Kajang hanya bermula 16 hari lagi dari tarikh penamaan calon 11 Mac depan, calon Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun bekerja keras.
Pemimpin yang terkenal dengan vitaliti dan versatiliti politik boleh dilihat sebagai 'lelaki yang memakai banyak topi' kerana kebolehan beliau menyesuaikan diri dengan pelbagai lapisan masyarakat.
Namun jelas tidak berselindung Anwar mengambil berat PRK kali ini dan dilihat sedang menyediakan diri untuk menerajui pentadbiran negeri Selangor yang kini dipegang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Mkini
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.