Bodoh Sangatkah Editor Harakah Daily?


Portal HarakahDaily dan tidak ketinggalan cybertroopers pembangkang ketika ini, begitu hebat menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan untuk mengaitkan kerajaan dengan pencerobohan bersenjata di Sabah. Pelbagai gambar telah dimuatnaik di dalam portal rasmi parti yang mendakwa memperjuangankan Islam itu dan disusuli dengan serangan bertali arus di media-media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Tanpa mengambilkira sama ada laporan tersebut mempunyai nilai fakta atau tidak, media dan cybertroopers pembangkang terus cuba meyakinkan rakyat dengan berita fitnah, seperti yang sering dilakukan sebelum ini. Gambar pemimpin Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Murad Ebrahim dengan Perdana Menteri sengaja disensaikan bagi meyakinkan rakyat.

Merasakan ia merupakan peluang keemasan untuk menyalahkan Umno, mereka dengan pantas cuba mengaitkan kononnya kerajaan adalah merupakan dalang sebenar. Ia antaranya bertujuan untuk menutup isu mengenai penglibatan Anwar seperti yang di dakwa oleh media antarabangsa Reuters dan badan perisikan tentera Filipina sebelum ini.

Sedangkan faktanya, Harakahdaily sebenarnya telah terkeliru dan gagal membezakan antara MILF pimpinan Murad dengan Moro National Liberation Front (MNLF) yang ditubuhkan pada 1971 pimpinan Nur Misuari dan Salamat Hashim (Ustaz Hashim).

Untuk pengetahuan semua juga MILF tidak pernah mengiktiraf kesultanan Sulu, berbanding MNLF yang mempunyai hubungan yang akrab dengan Jamalul Kiram III yang kononnya merupakan waris sah kerajaan Sulu Darul Islam.

Kejayaan Malaysia sebagai orang tengah terhadap perundingan damai yang akhirnya berjaya menghasilkan perjanjian berkenaan kawasan tanah warisan atau Memorandum of Agreement on Ancestral Domain (MOA-AD) pada 2008 rupanya tidak begitu disenangi oleh Misuari.

Kesempatan tersebut, rupanya tidak dipersiakan oleh pengkianat negara, yang lantas mengadakan perjumpaan sulit bersama Misuari. Lebih menarik lagi, tidak lama selepas perjumpaan sulit itu, negara digemparkan dengan pencerobohan bersenjata oleh kumpulan yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu.

Apakah ia hanya kebetulan atau laporan media Filipina mengenai penglibatan pembangkang ada kebenarannya? Menjadikan isu ini lebih menarik perhatian ialah, ketika Anwar berdepan dengan masyarakat yang menuntut penjelasannya mengenai perjumpaan rahsia tersebut, Misuari secara tiba-tiba tidak mengeluarkan kenyataan.

Mantan pemimpin MNLF itu antara lainnya mengatakan, beliau mendapat maklumat kononnya tragedi penceroboh bersenjata itu adalah kerana jemputan yang dilakukan oleh Perdana Menteri.

Selain dari itu, Misuari juga dilaporkan telah memberikan kenyataan berbaur ugutan kepada kerajaan dengan mengatakan akan menghantar tentera bantuan MNLF sekiranya Tentera Diraja Kesultanan Sulu dibunuh oleh pihak keselamatan Malaysia.

Kesimpulannya, rakyat perlu melihat, siapakah yang bakal mendapat keuntungan sebenar terhadap targedi berdarah ini. Dengan cara itu, semua teka-teki dan persoalan yang terdedah dengan sendiri.
Share on Google Plus

About Unknown

4 comments:

  1. Harakah bodoh..

    Akhbar untuk org bodoh

    Inikah perjuangan islam PAS???? Mana ulamak??? Mana Ustaz??? Mereka ni syaithan bisu

    Nantikan pembalasan dari Allah

    PAS akan hancur!!!!!

    BalasPadam
  2. Boleh tahan la bodohnya tuh... Pandai 3tingkat,tp bodohnya 10tingkat.

    BalasPadam
  3. Kalau boleh dispin, akan dispin tak kira adanya fakta atau tidak. Ada setengah-tengah rakyat akan percaya, kerana perkara fitnah diulang-ulang. Bermacam-macam isu yang dah basipun di ulang tayang. Lebih-lebih lagi PRU13 ini sudah hampir berlaku. Mereka-mereka ini akan melakukannya demi untuk keputrajaya yang dulunya diprotes habis-habisan , pembaziran duit rakyatlah dan bermacam dituduhnya DR Mahatir pada ketika itu.

    Sekarang berebut-rebut hendak keputrajaya. Dan boleh bekerjasama dengan kafir DAP lagi. Kalau kerajaan UMNO/BN yang buat, semuanya salah, kafirlah dan bermacam-macam tuduhan. Beginikah sebuah PR (pembangkang) yang akan kita undi. Fikir-fikilah demi masa depan anak cucu kita, salah memilih akan hamcur dan susah hendak diperbaiki.

    Saat Jais
    www.treat-cure.com
    http://saatjais.wordpress.com

    BalasPadam
  4. Bila sesebuah organisasi tidak mengamalkan etika kewartawanan, maka cerita akan tersimpang jauh dari kebenaran. Mereka berani berbuat demikian kerana pembaca mereka juga mudah ditipu dan jahil dengan kebenaran. Dalam erti lain "Birds of a feather flock together" bermaksud orang yang mempunyai karektor yang sama akan menghabiskan masa dan berkawan dengan orang yang sama dengan mereka. Saya juga merasa pihak kerajaan harus menafikan hal ini sekeras-kerasnya kerana orang jahil mudah percaya dengan hasutan dan tipu muslihat. Kalau direnung sebab itulah ayat pertama diturunkan oleh Allah pada umat Islam adalah IQRA menyuruh umat Islam mencari ilmu dan menjadi hebat malangnya orang Melayu kebanyakan tidak belajar dengan betul. Yang dapat masuk ke Universiti hari ini pun kebanyakannya (bukan semua)dengan keputusan yang separa baik kerana kerajaan kita telah menubuhkan banyak universiti untuk memberi peluang pada mereka agar tidak tercicir. Saya masih memandang tinggi Melayu yang menghadiri universiti zaman sebelum merdeka kerana mereka benar-benar handal dan cerdik. Contohnya Tun Mahathir.

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.