Dubai: Penduduk bukan Islam di seluruh Emiriah Arab Bersatu (UAE)
dipelawa menyertai program berpuasa sehari pada 27 Julai dalam usaha
untuk merapatkan jurang budaya antara masyarakat yang tinggal di negara
itu.
Usaha berkenaan dilancarkan oleh Pertubuhan Peruncitan dan Festival Dubai (DFRE) adalah sebahagian daripada acara ‘Ramadan di Dubai’ bertujuan menggalakkan sesiapa saja menyertai majlis komuniti dan memahami kepentingan agama dan budaya dalam Islam.
Usaha berkenaan dilancarkan oleh Pertubuhan Peruncitan dan Festival Dubai (DFRE) adalah sebahagian daripada acara ‘Ramadan di Dubai’ bertujuan menggalakkan sesiapa saja menyertai majlis komuniti dan memahami kepentingan agama dan budaya dalam Islam.
Untuk beberapa hari, DFRE akan menjalankan kempen media sosial untuk
mendidik mereka yang tidak pernah mempunyai pengalaman berpuasa, dengan
memberikan tip, fakta dan pilihan diet bagi membantu peserta menyiapkan
diri mereka untuk acara berkenaan.
Majlis berbuka puasa
Pada hari berkenaan, semua peserta akan diundang ke Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Dubai, Pusat Dagangan Dunia Dubai pada siang hari di mana DFRE mengadakan majlis berbuka puasa besar-besaran pada hari ke 19 Ramadan.
Seorang setiausaha peribadi, Purva Ganesh, yang berpindah ke Dubai sejak lima tahun lalu menyatakan keinginan untuk menyertai acara terbabit.
Beliau berkata: “Ini adalah Ramadan keempat saya di Dubai tetapi saya tidak pernah berpeluang untuk berpuasa bersama rakan-rakan sekerja Islam atau memahami mengenainya. - Agensi
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.