12 Letupan Bom Kereta di Iraq Sebabkan 65 Orang Awam Maut

bom-kereta-iraq

Serangan berlaku selepas berbuka puasa

Baghdad: Sekurang-kurangnya 65 penduduk di Baghdad terbunuh malam kelmarin selepas satu siri letupan bom di wilayah itu, kata pihak berkuasa ketika Iraq bertungkus-lumus mengurangkan keganasan sejak 2008, menyaksikan lebih 520 kematian bulan ini.

“Sebanyak 12 butir bom kereta dan sebutir bom tepi jalan meletup di kota Baghdad, manakala bom lain meletup di Madain di selatan ibu negara,” kata seorang kolonel polis dan seorang pegawai perubatan.
 
Letupan turut mencederakan 190 penduduk lain.

Letupan berlaku ketika penduduk Baghdad keluar ke kedai dan berehat di kafe selepas berbuka puasa.

Dua butir bom kereta yang meletup membunuh 12 penduduk di Karrada, manakala dua butir bom serupa dan sebutir bom tepi jalan meletup di Zafraniyah, kedua-duanya di tengah Baghdad.

Serang polis peronda

Keganasan turut melanda utara Iraq.

Satu serangan bom ke atas sekkumpulan polis peronda membunuh seorang anggota dan mencederakan yang lain dalam kejadian di Mosul. Serangan bom berkereta di tenggara bandaraya itu membunuh seorang wanita dan mencederakan 22 penduduk lain, termasuk tujuh anggota polis. Letupan sebutir bom di barat pula mencederakan tiga lagi penduduk.

Kejadian kelmarin memberikan jumlah kematian paling banyak dalam tempoh sehari di Iraq sejak 10 Jun apabila serangan menyebabkan 78 kematian.

Pengeboman kelmarin berlaku sehari selepas satu serangan bom bunuh diri yang mengorbankan 20 penduduk di sebuah masjid puak Sunnah yang penuh sesak di utara ibu negara.

Militan dilaporkan menyerang kedua-dua masjid Sunnah dan Syiah sejak beberapa bulan lalu, meningkatkan kebimbangan konflik perkauman yang menyebabkan kematian berpuluh ribu penduduk sejak beberapa tahun lalu.

Lebih 2,700 penduduk terbunuh di Iraq sejak 2013, kata satu perangkaan berdasarkan sumber keselamatan dan perubatan.

Kebanyakan pegawai kanan dan pemimpin agama masih berdiam diri terhadap kejadian itu. - AGENSI
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.