BESUT: Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan status quo
kedudukan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu apabila
berjaya mempertahankan kemenangan di Kuala Besut dengan majoriti 2,592
undi.
Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman menewaskan wakil PAS, Endut @ Azlan Yusof selepas memperoleh 8,288 undi.
Azlan yang lebih dikenali sebagai 'Che Long' memperoleh 5,696 undi.
BN berjaya menambah majoriti sebanyak 158 undi.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lepas, BN menerusi wakilnya, Dr
A. Rahman Mokhtar menang di DUN Kuala Besut dengan majoriti 2,434
mengatasi calon PAS, Napisah Ismail.
Kemenangan BN ini sekaligus menafikan sasaran PAS untuk mewujudkan
'DUN Tergantung' di Terengganu dengan agihan kerusi sama banyak 16:16.
Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut diadakan berikutan kematian
penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN akibat masalah paru-paru
pada 26 Jun lalu.
mStar
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.