GAZA - Pemimpin Hamas berkata pihaknya telah menjatuhkan hukuman
gantung sampai mati terhadap dua rakyat Palestin yang didapati bersalah
atas kesalahan menjadi pengintip Israel selema lebih sedekad lalu.
Seramai 16 rakyat Palestin telah dibunuh di Gaza gara-gara menjadi
pengintip Israel sejak Hamas menawan wilayah itu pada tahun 2007.
Hamas yang menolak sebarang pengiktirafan Israel sebagai negara yang
sah berkata, hukuman tersebut bertujuan menghalang rakyat Palestin
miskin di Gaza ‘menjual’ maklumat kepada pihak Israel mengenai kedudukan
militan dan depoh senjata.
Sementara itu, aktivis hak asasi manusia turut menyifatkan bahawa
hukuman tersebut telah melanggar undang-undang Palestin kerana
mana-mana kes seumpama itu perlu dirujuk kepada Presiden Mahmoud Abbas.
Namun pihak Hamas tidak mengiktiraf Abbas, yang disokong Barat itu, sebagai memiliki kuasa di Gaza. - Reuters
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.