BANGI: Meskipun pasukan keselamatan berjaya
mengawal perhimpunan haram di Padang Merbok, tindakan tegas tetap akan
diambil terhadap pihak penganjur, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk
Seri Mohd Bakri Mohd Zinin.
"Kita akan mengambil tindakan terhadap penganjur tersebut seperti
mana sedia maklum di bawah Akta Perhimpunan Aman. Kita akan mengambil
tindakan-tindakan susulan," katanya kepada pemberita selepas
menyempurnakan penutupan Kejohanan Bola Sepak Terbuka dan Veteran 9
Sebelah Piala Ketua Polis Negara 2013 di sini Sabtu.
Ditanya jumlah kehadiran orang ramai yang dikatakan kurang berbanding
sasaran Pakatan Rakyat, beliau berkata rakyat boleh menilai sendiri
perkara itu.
"Kita melihat dari sudut keselamatan, kita dapat uruskan secara
berkesan dan masyarakat boleh menilai tentang perhimpunan yang berlaku
di Padang Merbok," katanya.
Pakatan Rakyat tetap meneruskan perhimpunan di Padang Merbok meskipun
pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak memberi
kebenaran untuk mereka menggunakan di lokasi itu. -BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.