Hari ini, semua pihak tidak dapat lari daripada hutang. Sama ada mahu
atau tidak, inilah hakikat kehidupan pada zaman ini. Kita terpaksa
berhutang untuk mendapatkan keselesaan hidup. Berhutang untuk menyambung
pelajaran, membeli rumah, membeli kereta dan kemudahan lain.
Bagaimanapun, dalam banyak keadaan tidak memaksa kita berhutang, tetapi akibat nafsu, kita terpaksa berhutang kerana mahu memenuhi tuntutan yang bukan keperluan segera.
Bagaimanapun, dalam banyak keadaan tidak memaksa kita berhutang, tetapi akibat nafsu, kita terpaksa berhutang kerana mahu memenuhi tuntutan yang bukan keperluan segera.
Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang kerana ia boleh
menghalang seseorang itu daripada menyucikan diri dan mendapat keredaan
Allah seperti yang disebut dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu
Qatadah al-Harith bin Rib'ie ra, daripada Rasulullah SAW: "Sesungguhnya
Baginda berkhutbah kepada mereka lalu menyebut kepada mereka,
bahawasanya jihad pada jalan Allah dan beriman kepada Allah itu
sebaik-baik amalan (pekerjaan)."
Kemudian bangun seorang lelaki dan berkata: "Wahai Rasulullah SAW bagaimanakah jika aku terbunuh di dalam jihad pada jalan Allah, apakah semua kesalahanku akan diampunkan?"
Baginda menjawab, "Ya, benar jikalau engkau dibunuh dalam masa peperangan jihad pada jalan Allah dengan engkau berkeadaan sabar mengharapkan keredaan Allah, sedangkan engkau menghadapi musuh tidak berpaling lari ke belakang".
Kemudian Baginda bertanya: "Bagaimana katamu?" Jawab lelaki itu bagaimanakah jika dia terbunuh dalam peperangan pada jalan Allah, apakah akan dihapuskan segala kesalahannya?"
Bankrup di dunia dan akhirat
Baginda bersabda lagi. "Ya, benar jikalau engkau bersabar, tetap mengharapkan keredaan Allah ketika menghadapi musuh, tidak berpaling lari ke belakang, melainkan jika engkau ada menanggung hutang dan sesungguhnya Jibril mengatakan hal itu kepadaku.”
Daripada hadis atas jelas menunjukkan amalan berhutang boleh menjadikan seseorang itu bankrap di dunia dan akhirat.
Hadis ini juga menunjukkan kelebihan jihad pada jalan Allah dan ganjaran bagi mereka yang terbunuh dalam keadaan bersungguh-sungguh menentang musuh, bersabar atas kesakitan dan kesusahan serta hanya mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT.
Berbalik kepada hutang tadi, beratnya bebanan hutang ini sehinggakan apabila seseorang yang berhutang itu meninggal dunia, semua amal akan ditangguhkan oleh Allah hingga hutang orang yang meninggal itu ditunaikan.
Justeru, sebagai agama yang begitu prihatin dan belas ihsan serta perikemanusiaan, Islam menggalakkan orang yang memberi hutang supaya menghalalkan hutang yang diberikan kepada orang lain.
Daripada Abdullah bin Abu Qatadah ra, katanya: “Abu Qatadah mencari seseorang yang berhutang kepadanya dan menghilangkan diri. Kemudian orang itu ditemuinya. Dia berkata kepada Abu Qatadah: “Aku sedang dalam kesulitan.
Maka berkata Abu Qatadah: “Demi Allah! Demi Allah! Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang ingin dibebaskan Allah daripada kesulitan pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelapangan bagi orang yang dalam kesulitan atau membebaskannya daripada hutang.”
Malah, dalam Surah al Baqarah ayat 280 menyebut yang bermaksud: “Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).”
Wajib jelas hutang
Namun, dalam hal ini, sebagai orang yang berhutang adalah tidak wajar mengharapkan pemiutang menghalalkan hutang yang diberi kerana ia berkaitan dengan hak dan kewajipan kita sehingga kegagalan menjelaskan hutang mungkin menimbulkan kesulitan di pihak pemberi hutang hingga akhirnya menyebabkan perbalahan.
Situasi ini bukan saja akan mengeruhkan keadaan bahkan merosakkan imej orang berhutang itu sendiri yang sedikit sebanyak akan menghakis kepercayaan orang terhadapnya dan seterusnya menyukarkan dia mendapatkan bantuan apabila ditimpa kesempitan.
Jangan lupa hutang aqiqah anak kita.
BalasPadamHanya pendapat.