Siapa lagi pihak yang paling benci dengan label 1Malaysia kalau tidak Pakatan Pembangkang. Kerja memanipulasi gambar seperti di atas adalah perkara biasa yang sering dilakukan oleh Pembangkang untuk memfitnah dan memburuk-burukan pihak lain.
Pakatan Pembangkang memang tidak pernah kering dengan idea memfitnah mereka, apa jua ruang atau kesempatan yang ada untuk menabur fitnah akan digunakan sebaik-baiknya. Ramai yang mengakui, sehebat-hebat pemfitnah dalam negara ini adalah fitnah yang dicipta oleh Pakatan Pembangkang kerana golongan ini sudah tidak takut dengan dosa dan balasan yang bakal diterima.
Penulis pada awal lagi sudah tidak percaya bahawa Shila Hamzah selaku duta IM4U tergamak mengeluarkan kenyataan sedemikian, oleh itu penulis mengambil pendekatan tunggu dan lihat agar tuan punya gambar memberi penjelasan.
Sekarang semuanya sudah jelas terbukti bahawa gambar tersebut telah dimanipulasi oleh pihak Pembangkang bertujuan untuk memburukan nama Shila Hamzah selaku duta IM4U yang membawa imej kerajaan hari ini.
Wali Terompah | Jering Daily.com
HULU LANGAT: Penyanyi Shila Amzah, 23, mengakui kesal dengan
tindakan segelintir individu tidak bertanggungjawab yang telah mencuri
dan memanipulasi gambar miliknya melalui akaun palsu Instagram.
Menurut Shila, dia akan mengambil tindakan jika perkara tersebut
terus berlanjutan sehingga menjejaskan kredibilitinya sebagai artis dan
duta kepada program IM4U.
"Saya sangat sedih melihat perkara itu apabila gambar saya yang di
muat naik di Instagram di curi oleh pemilik akaun palsu yang menggunakan
identiti saya.
"Mereka menulis kata-kata yang tidak sepatutnya tentang 1 Malaysia
sedangkan saya adalah duta kepada program kerajaan IM4U," katanya kepada
media, baru-baru ini.
Shila berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan beliau
mengkritik produk yang dilabelkan sebagai barangan 1 Malaysia dan
penyanyi ini turut difitnah cuba mempersendakan slogan ’1 Malaysia’ yang
selama ini diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia.
Shila turut mengesa agar individu yang tidak bertanggungjawab menghentikan perbuatan tersebut sebelum menjadi lebih serius.
"Perkara ini jika tidak dikawal selia akan jadi lebih serius, saya
harap individu tersebut hentikan perbuatan tidak berfaedah ini,"
ujarnya.
Jelasnya, tujuan sebenar gambar itu dimuat naik ke akaun Instagram
miliknya adalah hanya untuk berkongsi bersama peminat yang sentiasa
ingin mengetahui perkembangan dan aktiviti sehariannya.
"Saya memang sering muat naik gambar-gambar terkini dan tidak sangka
akan dicuri dan dimanipulasi. Apa yang pasti peminat saya tahu itu bukan
akaun saya dan orang ramai pasti dapat menilai sendiri mana yang benar
dan salah," katanya.
Dalam perkembangan lain, Shila sekeluarga yang akan berangkat ke
tanah suci Mekah selama dua minggu bagi menjalani ibadah umrah pada 6
Mac ini berharap dapat melalui segala dugaan dan kontroversi yang
menimpa dia dan keluarga dengan tenang.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.