PETALING JAYA: Pelakon dan model Zarina Anjoulie dan rakan
lelakinya sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada
Jumaat, atas pertuduhan positif dadah jenis Methamphetamine Disember
tahun lalu.
Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad
Fawzi, 27, yang sebelum ini didakwa memiliki dadah mengaku tidak
bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan berasingan di hadapan
Majistret Nazri Omran.
Kandungan dadah tersebut didakwa terkandung di dalam air kencing
Zarina Anjoulie dan Mohamad Fakhruzaim dan mereka didakwa melakukan
perbuatan itu di Pejabat Narkotik Damansara, dekat sini, antara 8 malam
hingga 8.10 malam, 30 Disember tahun lalu.
Bagi pertuduhan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a)
Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara
dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan mereka diikat jamin RM2,000 setiap seorang dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan kes.
Selain itu mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan
pindaan, memiliki dua biji pil eramin 5 setiap satu seberat 0.38 gram,
di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini pada 5.30
petang, 30 Disember tahun lalu.
Mereka yang juga pelajar kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2)
Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta
sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman
maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya
sekali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah mengekalkan jaminan asal mereka sebanyak RM2,000 seorang penjamin dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya manakala Zarina diwakili peguam M. Raja. BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.