KUALA LUMPUR: Perdana Menteri menolak dakwaan PAS kononnya
Barisan Nasional (BN) terdesak meraih undi daripada masyarakat Cina
apabila menjemput penyanyi popular dari Korea Selatan, Psy untuk
membuat persembahan di Pulau Pinang, Ahad ini.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kenyataan itu adalah bersifat cemburu apabila Psy yang popular dengan tarian Gangnam Style bersetuju untuk hadir membuat persembahan pada acara anjuran parti itu.
“Dia (pembangkang) bila kita buat dia cuba tuduh macam-macam, walhal
dia nak jumput Psy tu pada satu majlis Pakatan Rakyat, tapi bila Psy
hadir pada majlis kita, rosaklah program dia, dia tak dapat, dia kutuk
la kita (BN),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan
Mesyuarat Tertinggi (MT) Umno, di sini, Jumaat.
Dalam pada itu, Najib yang juga Pengerusi BN turut berasa pelik
dengan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mendakwa
kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini
bersifat perkauman.
Muhyiddin sebelum ini dilaporkan menggunakan perkataan ‘tidak cerdik’
apabila menghentam kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang
menghasut orang ramai supaya memakai baju “Bersih” pada majlis rumah
terbuka Sambutan Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang pada 11 Februari ini..
“Kita pun pelik dengan reaksi Guan Eng. Bukan kita tak pernah buat
program besar-besaran di Pulau Pinang. Malah kita (BN) bukan bersifat
perkauman, kita nak raikan sambutan Tahun Baru Cina, yang sangat
bermakna kepada orang Cina,” tambah Najib - Mstar
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.