KUALA LUMPUR: Siri jelajah pembangkang ke Felda
seluruh negara bukan perkara baharu apabila pilihan raya umum semakin
hampir, kata Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
"Mereka tahu Felda merupakan penyokong kuat Barisan Nasional (BN)
sejak dulu. Itu sebab dia (pembangkang) cuba mencipta pelbagai isu bagi
mengelirukan masyarakat Felda," katanya ketika ditanya mengenai kegiatan
parti politik pembangkang mengadakan siri ceramah di Felda seluruh
negara.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum
persefahaman (MoU) antara Yayasan Felda dan Majlis Kanser Nasional
(Makna) di sini Jumaat, Mohd Isa berkata, bukan suatu yang sukar untuk
Felda membuat penjelasan kepada masyarakat Felda tentang isu yang
ditimbulkan pembangkang.
"Kita (Felda) di pihak yang benar, memberi (penjelasan) dengan fakta
kerana mereka bercakap dengan suatu yang diimaginasikan, tekaan dan
serkap jarang supaya rakyat boleh jadi keliru," katanya.
Mohd Isa berkata, beliau berkeyakinan masyarakat Felda termasuk
generasi baru akan terus memberi sokongan kepada kepimpinan Perdana
Menteri, Datuk SeriNajib Tun Razak.
Mengenai MoU pada Jumaat, beliau berkata, ia antara lain bertujuan
melaksanakantanggungjawab korporat (CSR) kepada masyarakat Felda dan
orang ramai mengenai kesedaran melakukan pemeriksaan awal bagi mengesan
kanser.
"Program pemeriksaan kesihatan bersama Makna ini meliputi 24 program
sepanjang tahun ini... harapan saya supaya masyarakat Felda termasuk
penduduk sekitar datang membuat pemeriksaan kesihatan, mendapatkan
rawatan dan khidmat nasihat oleh petugas Makna," katanya.
Mohd Isa berkata, Yayasan Felda memperuntukkan hampir RM600,000 dan
keperluan logistik kepada Makna untuk bergerak ke 24 lokasi terpilih di
Felda seluruh negara.
Melalui MoU itu juga Makna akan melaksanakan kempen kesedaran
kanserpayu dara menggunakan treler dilengkapi mesin mamogram selama
empat hari di lokasi ditetapkan.
Makna turut melaksanakan pemeriksaan mata dan memberikan cermin mata
percuma kepada warga Felda dan masyarakat sekitar yang memerlukan.
Program pertama kempen kesedaran kanser dan saringan kanser payu dara
diadakan selama empat hari bermula Jumaat di ibu pejabat Felda Jalan
Semarak dan orang ramai dijemput hadir. - BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.