Najib, Rosmah Disaman RM3 bilion Kerana Menyebabkan Deepak Mati Pucuk

Deepak-Najib-Rosmah

Ini baru betul-betul punya saman. Harap Deepak serius hendak menyaman Najib dan Rosmah. Bukan apa, seluruh penyokong Pakatan Pembangkang sekarang sedang meraikan berita gembira ini setelah segala macam fitnah yang dirancang selama ini untuk menjatuhkan Najib dan memburuk-burukan nama Rosmah tak menjadi.

Semoga berjaya kami ucapkan kepada Deepak. Jika menang kita 50/50 dari jumlah RM3 bilion tu. Setuju?

Anwar al Juburi | Jering Daily.com

KUALA LUMPUR: Ahli Perniagaan Deepak Jaikishan akan memfailkan saman bernilai RM3 bilion terhadap perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, adik Datuk Nazim Razak serta kerajaan Malaysia minggu depan.

"Kita berharap segala dokumen akan disiapkan Isnin ini dan difailkan di mahkamah," kata beliau dalam wawancara dengan laman web Free Malaysia Today hari ini.

Saman ini dibuat ekoran kegagalan mereka mempastikan projek yang diberikan kepadanya berjalan lancar sedangkan wang sudah dibayar kepada mereka.

Besok, katanya, buku kedua beliau bertajuk 'The Black Magic Woman' akan dilancarkan.

Ia mengandungi pelbagai cerita tentang isteri perdana menteri yang pernah menjadi rakan perniagaan beliau selama lebih lapan tahun sebelum ini.

Menurut Deepak dalam wawancara itu, Rosmah bukan saja menggunakan bomoh ke atas suaminya bahkan juga ke atas bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya Khairy Jamaludin. - Harakah Daily
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.