Kepada Tuan Pengurusi FELCRA tidak perlu lah bersusah payah mencabar kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Pembangkang supaya membuka kawasan tanah rancangan seperti FELDA atau FELCRA bagi tujuan membela nasib rakyat.
Rakyat negara ini umumnya telah sedia maklum dengan pe'el Pakatan Pembangkang yang sememangnya tidak mampu dan berdaya berbuat apa-apa walaupun perkara itu sangat mudah untuk dilaksanakan. Bagi mereka berpolitik dan beceramah pada setiap masa saban hari lebih menjadi keutamaan dari memikirkan dan mengambil tahu tentang hal kehidupan rakyat.
Tiada apa lagi yang boleh diharapakan dari kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Pembangkang buat masa ini. Puak-puak ini hanya menanti masa sahaja untuk dikuburkan oleh rakyat apabila berakhirnya PRU13 kelak.
Wali Terompah | Jering Daily.com
PEKAN: Pengerusi Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA) Berhad, Datuk Tajuddin Abdul Rahman mencabar kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang supaya membuka tanah rancangan seperti yang dilaksanakan FELCRA bagi membela rakyat di negeri berkenaan.
Beliau berkata, jika pembangkang benar-benar prihatin, mereka sepatutnya memikirkan soal kebajikan dan memenuhi kehendak rakyat.
"Kalau mereka (pembangkang) hendak sangat bantu rakyat, bukalah tanah seperti mana FELCRA laksanakan.
"Ini tidak, tanah yang ada bukannya untuk rakyat tetapi diberikan kepada tauke-tauke besar," katanya ketika berucap pada majlis Penyerahan Kunci Perumahan Program Penyusunan Semula Kampung FELCRA Sri Makmur di Pekan, hari ini.
Majlis itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Tajuddin turut menyeru semua warga FELCRA supaya tidak mendengar hasutan pembangkang serta terpengaruh dengan janji manis mereka.
Beliau berkata, warga FELCRA seharusnya memberi sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 bagi meneruskan kesinambungan pembangunan dan kesejahteraan.
Pada majlis itu, FELCRA menyerahkan 160 rumah kepada generasi kedua di kawasan berkenaan. - BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.