Anwar Ibrahim diberitakan sangat marah apabila mendapat tahu pihak Imigresen Malaysia telah menghalang rakan baiknya itu yang juga merupakan seorang pejuang LGBT dari memasuki negara ini kerana pernah melanggar undang-undang negara.
Kecaman Anwar terhadap Imigresen Malaysia kerana menghalang Nick Xenophon memasuki negara ini turut disambut oleh penyokong PR yang pro LGBT sambil memberi amaran bahawa Malaysia bukan milik UMNO.
Bagi penulis tiada salahnya bagi Imigresen Malaysia mengambil tindakan sedemikian terhadap individu yang dikhuatiri boleh mendatangkan mudarat kepada negara. Apa jua alasan yang diberikan oleh pihak Imigresen atau KDN, hak samada membenar atau tidak rakyat asing masuk ke negara ini adalah hak mutlak pihak Imigresen.
Mengapa pula kita perlu melonggarkan syarat-syarat kemasukan untuk manusia seperti Xenophon? Apakah kerana dia seorang yang menyokong kuat Anwar Ibrahim, maka dia perlu dibenarkan bebas masuk ke negara ini dan berbuat apa-apa sahaja?
Anwar al Juburi | Jering Daily.com

KUALA LUMPUR: Ahli politik warga Australia Senator
Nick Xenophon dilarang masuk ke negara ini kerana melanggar peraturan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan undang-undang negara ketika lawatan
beliau sebelum ini.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata larangan kemasukan
membabitkan Xenophon itu adalah mengikut Seksyen 8(3) Akta Immigresen
1959/63 sebagai orang yang dilarang masuk.
"Xenophon pernah beberapa kali memasuki Malaysia sebelum ini dan
didapati pernah menyertai aktiviti haram yang melanggar undang-undang
negara," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Alias berkata senator itu juga didapati menyebar maklumat negatif
yang tidak berasas berkaitan Malaysia menerusi pelbagai tuduhan liar.
"Tindakan larangan kemasukan terhadap Senator Nick Xenophon adalah
hak kerajaan Malaysia, selaras dengan undang-undang dan Perlembagaan
negara ini," katanya.
Xenophon tiba di Terminal Penerbangan Tambah Murah (LCCT) Sepang pada
6.50 pagi Sabtu dari Melbourne, dan beliau dimaklumkan tentang larangan
itu oleh pegawai imigresen di LCCT, kata Alias.
"Adalah ditegaskan bahawa Xenophon bukan ditahan atau ditempatkan bersama tahanan lain di bilik kurungan JIM di LCCT Sepang.
"Xenophon kini berada di bilik menunggu JIM di LCCT Sepang sementara
menunggu untuk berlepas pulang ke Melbourne menaiki pesawat berikutnya
malam Sabtu," kata pengarah imigresen itu.
Alias menarik perhatian Xenophon berada di bawah jagaan JIM dan
diberi layanan biasa sebagai individu yang dilarang masuk ke negara ini,
dan bukan sebagai penjenayah.
"Xenophon juga telah dibenarkan menghubungi pihak Kedutaan Australia di Kuala Lumpur menerusi telefon," katanya. BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.