Hiburan : Mel Gibson Berfoya-Foya Dengan 3 Wanita Dalam Satu Masa

Mel-Gibson-Kaki-Perempuan

WALAUPUN usia Mel Gibson sudah pun mencecah 56 tahun, ia tidak menghalang pelakon itu untuk ligat bersosial.

Menurut laporan portal Digital Spy, bintang filem Braveheart ini telah berfoya-foya dengan tiga orang wanita sekaligus dalam satu malam di sebuah kelab malam pada Rabu lalu di Miami.

Salah stau sumber memberitahu, Mel sempat mencium seorang wanita berambut perang sebelum beralih ke wanita lain yang sedang menari ketika itu.

"Tidak lama kemudian, Mel menuju ke arah sebuah meja yang diduduki oleh wanita yang ketiga pula sambil, meluahkan rasa kagum dengan kecantikan wanita tersebut.

"Malah dia turut menunjukkan koleksi foto bekas kekasihnya menerusi telefon bimbitnya untuk membuktikan kata-kata luahan terhadap wanita itu bukanlah 'ayat manis' darinya," kata sumber tersebut.

Mel bukan sahaja dilihat berfoya-foya dengan tiga wanita sekaligus tetapi juga menghabiskan beberapa botol alkohol sepanjang malam bersama rakan-rakannya yang lain - Mstar
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.