BAPA Rihanna iaitu Ronald Fenty menganggap kekasih anaknya,
penyanyi rap Chris Brown sepatutnya menerima peluang kedua dalam
hubungan percintaan pasangan itu.
"Chris telah melakukan kesalahan yang sangat teruk. Tetapi saya
percaya bahawa setiap manusia diberi peluang kedua dalam membetulkan
kesilapannya.
"Begitu juga dengan Chris, dia layak menerima peluang itu untuk menjadi orang yang lebih baik," katanya kepada portal Contactmusic.
Penyanyi lagu Diamond itu telah diserang oleh Chris pada tahun 2009 sehingga menyebabkan wajah wanita itu dipenuhi lebam.
Bagaimanapun, Fenty telah merestui perhubungan Chris dan Rihanna
selepas mendapat tahu mereka kembali menjalinkan hubungan cinta.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.