Gesa Psy Tutup Aurat Bukti Nik Aziz Hanya Tertarik Pada Artis Wanita

nik aziz-diana amir

Tak Ambil 'Port' Atau Sememangnya Nik Aziz Sudah Lemah Daya Ingatan?

Penulis tumpang gelak apabila membaca ulasan sahabat blogger TFK mengenai gesaan Nik Aziz terhadap penyanyi terkenal Korea yang popular dengan lagu Gangnam Style agar menutup aurat apabila membuat persembahan sempena sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang kelak.

Penulis yakin gesaan Nik Aziz itu dibuat berdasarkan nasihat yang diberikan oleh para 'penasihat' yang berada disekelingnya. Oleh kerana Nik Aziz tidak berminat dengan dunia hiburan dan kurang peduli pasal dunia luar, maka maklumat salah telah disampaikan oleh penasihatnya itu bertujuan untuk memalukan Nik Aziz apabila ditemu bual wartawan.

Kalau benar pun Nik Aziz tidak berminat dengan dunia hiburan, setidak-tidaknya beliau perlu mengambil tahu serba sedikit pekembangan semasa yang berlaku di dalam dan di luar negara termasuk juga dunia hiburan.

Di saat lagu dan rentak Gangnam Style menjadi trend dan ikutan peminat hiburan masa kini dan termasuk pemimpin dunia, ada juga terdapat individu di Malaysia yang tidak tahu langsung mengenai perkara ini sehingga dengan yakinya menganggap penyanyi Korea tersbut adalah seorang perempuan.

Psy pasti tersengeh bila mendapat tahu seorang tokoh politik terkenal yang mempunyai ramai pengikut taksub boleh menyangka dirinya seorang artis wanita popular.

poknik-gangnam-style
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.