Los Angeles: Majalah GQ edisi Amerika Syarikat baru-baru ini menimbulkan
kontroversi selepas menyiarkan kategori wanita tercantik mengikut kaum
menerusi senarai ‘100 Wanita Paling Seksi Abad ke-21.’
Pengkritik membidas majalah itu kerana melaporkan wanita tertentu ‘hanya cantik mengikut etnik mereka’ selepas menyiarkan kategori ‘Wanita China Paling Seksi,’ ‘Wanita India Paling Seksi’ dan paling jelik ‘Wanita Hamil Sri Lanka Paling Seksi.’
Majalah GQ atau Gentleman's Quarterly menimbulkan kontroversi itu dengan menyiarkan gambar penyanyi Beyonce di muka depan dengan gelaran ‘Miss Millennium’.

Di muka depan turut dinyatakan ‘tidak lupa juga Katie Upton,
Megan Fox, Mila Kunis dan semua jelitawan dengan nama depan Jessica.’
Kurang wajar
Bintang Slumdog Millionaire, Freida Pinto diberi gelaran ‘Wanita India Paling Seksi’ manakala Zhang Ziyi ‘Wanita China paling Seksi’, Monica Bellucci ‘Wanita Itali Paling Seksi’ manakala ‘Wanita Hamil Paling Seksi di Sri Lanka’ diberi kepada penyanyi rap Britain, M.I.A.
Bagaimanapun, ada pengkritik berkata, adalah satu tindakan kurang wajar dengan merujuk kepada etnik seseorang sebagai faktor kecantikan.

Selain itu, ada yang berkata bahawa ketika Freida Pinto dirujuk sebagai ‘Wanita India Paling Seksi’, etnik Beyonce (Afrika-Amerika), Mila Kunis (Ukraine) atau Kim Kardashian (Armenia) tidak pula disebut.
Kurang tahap kecantikan
“Dengan hanya menyebut etnik wanita tertentu seolah-olah membayangkan mereka bukan hanya cantik tetapi dalam konteks etnik saja.
“Ia mengurangkan tahap kecantikan mereka dan menolak pandangan bahawa kecantikan itu dalam pelbagai bentuk dan rupa,” kata Profesor Ruth C White dari Jabatan Antroplogi, Sosiologi dan Kerja Sosial. - Agensi
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.