P|S: Bila sudah banyak duit, semunya pun boleh..
LONDON: Seramai 44 pemain profesional Liga Perdana Inggeris (EPL) curang
dalam rumah tangga termasuk dari kelab Chelsea dan Manchester United.
Jurucakap sebuah laman web mencari teman bagi orang yang sudah berkahwin membuat pendedahan itu semalam.
Jurucakap sebuah laman web mencari teman bagi orang yang sudah berkahwin membuat pendedahan itu semalam.
Katanya, 44 pemain termasuk seorang dari dua kelab ternama
Inggeris itu menjadi ahli UndercoverLovers.com sejak setahun lalu.
“Akhbar sudah lebih setahun tidak mendedahkan kecurangan pemain bola sepak. Adakah ini bermakna mereka sudah insaf? Maaf, kepada isteri pemain bola sepak, sudah tentu tidak.
“Kami mengenal pasti 44 pemain profesional yang menyertai UndercoverLovers sejak setahun lalu.
“Kami jamin anggota laman web ini tidak akan dikenali, jadi kami tidak akan dedah identiti mereka.
“Bagaimanapun, kami boleh dedah bahawa seorang pemain Manchester United dan seorang dari Chelsea menjadi ahli UndercoverLovers.com,” kata Emily Pope.
“Dalam satu tinjauan baru-baru ini, kami mendapat tahu bahawa rahsia 89 peratus ahli kami terjaga.
“Sistem keselamatan kami membolehkan pemain yang mungkin dikenali ramai itu bertemu teman yang dicari, seseorang yang tidak akan mendedahkan perkara itu keesokannya,” katanya lagi.
Pengurusan UndercoverLovers.com mendakwa, 12 pemain EPL, 19 daripada Liga ‘Championship’, lapan dari Liga Satu dan lima dari Liga Dua mendaftar sejak Januari tahun lalu.
Laman web itu mendakwa menjadi agensi utama mencari kekasih sulit dengan lebih 695,000 ahli, dua peratus daripada mereka yang sudah berkahwin di Britain.
Sejak 25 Disember lalu, UndercoverLovers mendapat 24,671 ahli baru dan daripada angka itu, 13,835 (56 peratus) adalah wanita dan 10,836 (44 peratus) lelaki.
Pope juga berkata, tinjauan mereka pada tahun lalu menunjukkan ahli wanita secara purata mendapat 2.3 kekasih berbanding 1.8 bagi lelaki. – Agensi
haha..aduhaii..apa pon tak boleh..biasa la org byk duit..pengaruh kat sana lagi.ngehehe..jemput singgah ohsem21.blogspot :)
BalasPadamjangan laman web tu beroperasi kat malaysia sudah lah..kita ada agama masing. rasanya semua agama larang main kayu tiga ni
BalasPadamBenda yang tak baik mmg di tegah oleh semua agama. ssb tujuan agama wujud adalah untuk kebaikan penganutnya..tidak sama sprt Islam, agama lain kurang beri penekanan tentan isu ini (main kayu tiga, curi ayam) kpd pengamalnya..mcm tak kisah sngt la..
Padam