Biarpun pernyataan sumpah dengan nama Allah ini sudah dianggap tidak relevan oleh segelintir umat Islam hari ini terutamanya dari kalangan pemimpin dan penyokong Pakatan Pembangkang kerana fahaman politik yang berbeza, namun bagi sesiapa yang berani melafazkanya, sudah pasti akan merasa lega apabila beban berat yang dipikul itu berkurangan sedikit walau masih banyak cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi.
Keberanian melafazkan sumpah dengan nama Allah ini sudah tentu mampu mengikis sedikit sebanyak persepsi buruk masyarakat terhadap sesuatu dakwaan atau fitnah yang dilontar oleh pihak tertentu akibat dari sifat hasad dengki dan dendam kesumat.
Penulis berharap Anwar Ibrahim juga akan lebih berani dari Datin Sri Rosmah Mansur dengan melakukan tidakan serupa iaitu bersumpah dengan nama Allah bagi menafikan segala salah tanggapan masyarakat terhadap dirinya yang selama ini dilabel sebagai seorang insan atau pemimpin tidak bermoral kerana diselubungi oleh pelbagai skandal yang memalukan.
Sebagai seorang Islam, kita pasti percaya bahawa janji dan balasan Allah itu adalah benar tanpa mengira apa niat orang itu sekalipun. Oleh yang demikian, Anwar Ibrahim tidak perlu risau akan dilakhnat setelah melafazkan sumpah tersebut sekiranya beliau sendiri yakin dan percaya bahawa dirinya berada di pihak yang benar dan tidak pernah melakukan segala perbuatan terkutuk iaitu zina dan liwat seperti yang didakwa banyak pihak.
Jika sebelum ini Anwar begitu gah mencabar Najib Razak untuk berdebat dalam isu negara, apa kata Anwar tunjukan dahulu saki baki kejantanan yang masih ada dengan bersumpah mengikut cara Islam di mana-mana masjid pilihanya bagi menafikan segala cakap-cakap orang selama ini yang mendakwa dirinya seorang pengecut yang seringkali lari bersembunyi dalam kain isteri apabila timbul sahaja masalah.
Persoalanya di sini, beranikah Anwar melakukanya?
“Saya berani sumpah…saya berani sumpah waallah cincin itu tidak ada di tangan saya langsung,”.
Isteri Perdana
Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah membuat kejutan besar di hadapan
balu-balu tentera malam tadi apabila beliau dengan beraninya telah bersumpah
kerana Allah SWT yang beliau tidak mempunyai cincin berlian seperti yang
didakwa pihak pembangkang.
Mungkin sudah tidak
sanggup menanggung tomahan serta fitnah setiap hari berkaitan kemasukan cincin
bernilai RM24 juta ke Malaysia yang dikatakan milik beliau.
Isu cincin berlian
RM24 juta yang didakwa milik Rosmah dan kemudiannya diputarbelitkan oleh
puak-puak Pakatan Rakyat timbul apabila rekod menunjukkan nama isteri
pemimpin nombor satu negara itu dimuatkan dalam ruang penerima dalam borang
pelanggan.
Bagaimanapun, perkara
itu ternyata salah satu agenda politik Pakatan Rakyat dalam usaha untuk
menjatuhkan Najib dengan membuat fitnah terhadap Rosmah.
Cincin berlian RM24
juta yang menjadi kontroversi itu sebenarnya dibawa masuk Malaysia disebabkan
ada pameran sulit.
Namun, ia telah
menjadi kontroversi apabila wujud pemimpin Pakatan Rakyat yang memanipulasikan
kemasukan cincin berkenaan dengan membuat fitnah terhadap Rosmah.
Setelah sekian lama
berdiam diri, lantas Rosmah hari ini mengambil tindakan nekad dengan melafazkan
sumpah demi Allah swt bagi membersihkan namanya yang telah difitnah.
“Tak kisahlah apa
mereka nak cakap…biarlah mereka nak buat dosa maka biarlah mereka buat
dosa…kita ni sabar sahajalah.
“Selagi saya boleh
sabar saya akan sabar…saya tahu agenda mereka yang utama adalah untukk
menyerang saya Rosmah dari pelbagai sudut dan isu cincin ada antaranya.
“Jangan nanti bila kita
balik, ada pula dengar yang saya ada cincin berjuta-juta harganya maka anda
percaya.
“Kalau saya ada
cincin itu, mari saya jemput anda datang ke rumah saya dan lihat sendiri cincin
itu…tetapi masalahnya saya tak ada cincin itu.
“Sebab itu saya
berani bersumpah…kita tak buat salah kenapa kita nak takut tegakkan
kebenaran…kenapa kita nak takut bersihkan nama kita,” katanya selepas
melafazkan sumpah berkenaan.
Menurut Rosmah, sudah
menjadi kelaziman untuk puak-puak pembangkang yang begitu membenci dirinya
untuk mencipta 1001 fitnah keatasnya.
Justeru, beliau
berharap masyarakat tidak mempercayai sepenuhnya segala cerita-cerita buruk
berkaitan dirinya sebaliknya siasat sama ada perkara itu benar atau tidak.
“Jadi mereka ini
memang suka buat fitnah…kalau ada apa-apa soalan tentang diri saya boleh datang
dan tanya pada saya terus.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.