Mahkamah Putuskan Isa Samad Bukan Ahli KPF


Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, memutuskan keahlian Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Samad dalam Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) batal dan tidak sah.

Hakim Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman empat peneroka FELDA Jengka Pahang yang mencabar keputusan Panel Pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 23 Mei tahun lalu yang mengekalkan keanggotaan Mohd Isa.
 
Zaleha turut membenarkan permohonan empat peneroka terbabit, iaitu Abdul Talib Ali, Abdul Mubin Abdul Rahman, Abdul Razak Mohammad dan Muhamad Noor Atan bagi perintah supaya KPF memadamkan nama Mohd Isa daripada rekod keahlian KPF.

Peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili keempat-empat pemohon ketika ditemui berkata, hakim memberikan alasan bahawa panel pertikaian dan SKM melakukan kesilapan dengan mengekalkan keahlian Mohd Isa.

Semua peneroka terbabit yang bertindak sebagai pemohon memfailkan permohonan semakan kehakiman mereka pada 12 Jun tahun lalu dengan menamakan Panel Pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia, SKM dan KPF selaku responden pertama hingga ketiga.

Mereka memohon deklarasi responden pertama dan kedua yang mengekalkan keanggotaan Mohd Isa adalah tidak sah, terbatal dan tidak mempunyai kesan. Mereka juga memohon mahkamah membatalkan keputusan itu dan mengarahkan KPF membatalkan keanggotaan Mohd Isa.

Pemohon mendakwa berdasarkan Peraturan 11(1)(c) dibaca bersama Peraturan 2 Undang-Undang Kecil KPF, Mohd Isa tidak layak menganggotai KPF kerana beliau bukan kakitangan dilantik secara tetap oleh FELDA.

Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. Kepada isa samad hidung tak mancung pipi tersorong sorong yang sebenarnay peneroka FELDA tak suka kamu tau tak

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.