LGBT: Adakah Ini Hanya Masalah Bagi Umat Islam-Malaysia?


Dunia kini kian berubah. Walaubagaimanapun, penulis rasakan bahawa tiada siapa pun yang tahu akan faktor yang mengubah dunia kita. Ada yang mengatakan bahawa segalanya adalah lebih baik berbanding dahulu - dengan segala perjuangan untuk mendapatkan kebebasan, hak sama rata dan juga hak asasi manusia.

Dan ada juga yang menyatakan bahawa mereka bimbang akan segala perjuangan untuk mendapatkan kebebasan, hak sama rata dan juga hak asasi manusia, akan menjejaskan nilai-nilai keagamaan, budaya dan juga keluarga.

Antara perkara yang menjadi faktor kepada perubahan dunia kini adalah psikologi. Istilah Islamphobia (fobia kepada agama Islam) sebagai contohnya, telah berubah daripada fobia kepada perasaan marah, dan ianya telah menyebabkan masyarakat berfikir bahawa apa jua perkara yang mempunyai kaitan dengan Islam, adalah konservatif dan sesuatu yang salah.

Namun, sedar atau tidak, agama yang mempunyai sejarah yang hampir sama seperti Islam adalah agama Kristian (Nabi). Walaupun sama, namun kisah di sebalik sejarah tersebut adalah jauh antara satu sama lain. Bagi subjek ketuhanan, Islam mengagungkan Allah SWT sebagai tuhan yang satu, dan Nabi Isa hanyalah seorang Nabi. Bagi Kristian pula, Nabi Isa dianggap sebagai tuhan atau anak kepada tuhan.

Apa pun persamaan yang terdapat pada kedua-dua agama ini, semuanya kini menjadi semakin kabur kerana kitab Bible telah diolah beberapa kali, manakala Al-Quran kekal sama sejak dari hari ianya diutuskan.

Walaubagaimanapun, kedua-dua Umat Islam dan juga Kristian kini sering menyampaikan dakwah antara satu sama lain yang boleh dilihat melalui laman rangkaian sosial - yang sering dapat dilihat di Malaysia. Penulis dapat lihat bagaimana kebanyakan umat Islam menggalakkan masyarakat supaya kembali kepada al-Quran dan Sunnah. Namun, 'kaum Kristian yang baik' pula sering mengajak masyarakat supaya melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang tertulis di dalam Bible. Kebanyakan Kristian kini sering memperjuangkan liberalisme dan hampir kesemuanya menyokong LGBT dan pada masa yang sama, mengutuk umat Islam kerana segala tentangan yang diberikan terhadap kumpulan tersebut.

Namun, perkara ini hanya mungkin berkaitan dengan Kristian di Malaysia sahaja kerana penulis rasakan bahawa kaum LGBT tidak diterima oleh mana-mana agama, bukan Islam sahaja.

Gereja Katolik,  Gereja Presbyterian, Gereja United Methodist, Southern Baptist Convention,  Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, National Association of Evangelicals, dan American Baptist Churches USA turut membantah terhadap perkahwinan sejenis.

Pada 31 Julai 2003, kenyataan dari Congregation for the Doctrine of the Faith yang diluluskan oleh Paus John Paul II, menyatakan bahawa "perkahwinan adalah sesuatu yang diciptakan oleh tuhan dengan ciri-ciri tersendiri dan sebab. Tiada ideologi yang boleh mengelirukan mana-mana pihak bahawa perkahwinan adalah sentiasa melibatkan antara lelaki dan perempuan."

Jadi, penulis berasa pelik apabila rakyat Malaysia, pihak Kristian terutamanya, menyokong kumpulan LGBT kerana tindakan tersebut bukan sahaja menunjukkan penentangan terhadap budaya timur, ia juga adalah sesuatu yang bertentangan dengan agama mereka sendiri. Rakyat seperti mereka berfikir bahawa penentangan tersebut adalah sesuatu yang konservatif dan bodoh, terutamanya segala kenyataan yang dikeluarkan oleh badan-badan Islam terhadap perkara tersebut.

LGBT tidak dilahirkan sebagai LGBT. Mereka kesemuanya berubah setelah 'mencuba' sama ada secara sukarela atau secara paksa. Kebanyakan kes-kes yang melibatkan golongan LGBT sering mempunyai kenyataan seperti 'dirogol oleh rakan-rakan di kolej'. Perkara tersebut bukanlah sesuatu yang boleh dilupakan begitu sahaja, dan itulah perkara yang mungkin mengubah seseorang untuk menjadi LGBT. Jadi, LGBT bukanlah sesuatu yang semulajadim ia hanyalah masalah psikologi yang boleh 'dirawat'.

Jika Islam dilihat sebagai agama yang mundur dan konservatif, Kristian Malaysia juga perlu mengaku bahawa agama mereka sebagai agama yang mundur dan konservatif, termasuklah setengah juta rakyat Perancis yang mengadakan demonstrasi anti-LGBT di negara tersebut pada 14 Januari. Pihak Vatican sendiri mengesahkan keberkesanan demonstrasi tersebut di laman sesawang mereka. Dan juga rakyat di Rusia yang mengadakan demonstrasi yang sama pada 22 Januari?

Adakah mereka sama bodoh seperti umat Islam di Malaysia?

Fakta terkini terhadap LGBT: 55 negara menentang LGBT, 93 menyokong, 27 enggan mengundi dan 17 tidak hadir untuk mengundi. Bagaimanapun, sehingga 12 September 2012, hanya 11 negara dari 194 negara di dunia membenarkan perkahwinan sejenis: Belanda (2000), Belgium (2003), Kanada (2005), Spain (2005), Afrika Selatan (2006), Norway (2009), Sweden (2009), Argentina (2010), Iceland (2010), dan Portugal (2010).

Adalah 194 negara tersebut bodoh?

Dan di Amerika, hanya 9 negeri daripada keseluruhan 50 negeri di negara tersebut membenarkan perkahwinan sejenis. Adakah 39 negeri-negeri tersebut bodoh?

Pada April 2001, satu kajian yang diterbitkan oleh American Sociological Review berpendapat bahawa kanak-kanak yang membesar dengan LGBT sebagai ibu bapa mereka, lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam homoseksualiti. Pada tahun 1997, sebuah buku yang bertajuk Growing up in a Lesbian Family: Effects on Child Development, Fiona Tasker, PhD, dan Susan Golombok, PhD, mendapati bahawa 25% golongan remaja yang membesar bersama ibu dari golongan lesbian, telah terlibat dalam hubungan homoerotic berbanding dengan 0% remaja bagi mereka yang dibesarkan oleh ibu-ibu heterosexual.

Dan tidak perlu penulis ingatkan bahawa penyakit seperti HIV dan AIDS datang dari aktiviti homoseksual.

Allah SWT telah menciptakan alam lengkap dengan peraturan-peraturan semulajadi. Bulan sentiasa perlu mengelilingi bumi pada masa yang tepat, dan jantung perlu berdegup pada rentak yang sama untuk memastikan badan dapat berfungsi dengan baik. Jika bumi berganjak walaupun 1mm, pasti dunia akan hancur. Dan juga bagi hubungan, peraturan alam telah menyatakan bahawa lelaki sentiasa akan berpasangan dengan perempuan, dan mereka pasti akan dikurniakan cahayamata yang akan memberikan lebih warna dalam kehidupan mereka.

Allah SWT telah berjanji bahawa jika alam diubah walaupun sedikit, segalanya akan hancur. Membuat sesuatu yang tidak selari dengan peraturan alam hanyalah sesuatu yang bodoh. namun, mengutuk Islam kerana mengecam LGBT, hanyalah satu perbuatan munafik.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.