KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) dan
dua badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap
DAP yang mengeluarkan klip video yang memburuk-burukkan pemimpin negara.
PPP, Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIM) dan Lembaga
Pembangunan Pengguna Malaysia (LPPM) mendakwa klip video terbitan parti
pembangkang itu menampilkan beberapa kartun animasi yang mirip kepada
beberapa pemimpin negara.
Presiden IRIM Amir Amsaa Alla Pitchay berkata klip video yang dimuat
turundalam Youtube oleh DAP, didapati menghina dan mencemarkan pemimpin
negara melalui watak melucukan melalui tarian 'gangnam style'.
"Ia adalah satu tindakan biadab yang tidak boleh diterima oleh rakyat
sertamenunjukkan keangkuhan mereka," katanya ketika ditemui pemberita
selepas membuatlaporan di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi di sini.
Justeru beliau menyeru Kementerian Dalam Negeri dan pihak polis
mengambiltindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab mengeluar dan
menyiarkan klip video itu. BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.