Guru Mengaji Dituduh Cabul Anak Tiri


AYER KEROH  - Seorang guru mengaji didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan mencabul kehormatan anak tirinya di Malim Jaya, tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh yang juga Penduduk Tetap (PR) berasal dari Indonesia mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Syajaratudur Abd Rahman.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang berusia 40 tahun didakwa dengan niat mencabul kehormatan kanak-kanak berusia 12 tahun dengan membuka seluar dalam mangsa dan cuba menindih ke atas badannya.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Malim Jaya kira-kira jam 5.30 petang pada awal bulan tahun 2010.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shazwani Ishak ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM3,000 selain memohon syarat tambahan dikenakan terhadap tertuduh.

Syajaratudur kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 diberikan terhadap tertuduh yang memohon wang jaminan dikurangkan selain mendapati dia telah berkahwin dengan warganegara tempatan sejak 2003.

Beliau turut mengarahkan tertuduh melapor diri setiap 21 hari bulan di Balai Polis Malim sebelum menetapkan tarikh sebutan semula kes 14 Februari depan.

Sumber: Sinar Harian
Sent by Maxis from my BlackBerry®Torch 9810
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.