SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak permohonan kerajaan
Selangor dan Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk
mengetepikan saman yang difailkan 2,020 ibu tunggal di negeri itu.
Saman itu adalah berhubung kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji memberi elaun kepada semua ibu tunggal di Selangor seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.
Saman itu adalah berhubung kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji memberi elaun kepada semua ibu tunggal di Selangor seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.
Hakim Datuk Yaacob Md Sam memutuskan perkara itu selepas mendapati plaintif mempunyai asas untuk membuat tuntutan itu.
Pada 22 November tahun lalu, seramai 2,020 ibu tunggal di Selangor memfailkan tuntutan bagi menuntut tunggakan berjumlah RM10.9 juta.
Mereka menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP sebagai defendan pertama dan Abdul Khalid Ibrahim selaku Ketua Eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan kedua.
Dalam saman itu, kesemua plaintif mendakwa mereka menjadi mangsa diskriminasi kerajaan negeri apabila ia gagal menunaikan janji untuk membayar elaun ibu tunggal sejak menubuhkan kerajaan Mac 2008. - BERNAMA
Mereka lupa doa orang teraniaya tiada hijab....
BalasPadam