Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi tidak pernah menghalang ahli politiknya bertanding di mana-mana kawasan atau di negeri yang disukainya, asalkan ia layak dan mengikut syarat yang ditetapkan.
Penulis sedikit pun tidak terkejut dengan kenyataan Anwar seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian bahawa beliau membayangkan akan bertanding ditempat lain pada PRU13 akan datang.
Kalau tidak silap ini bukan kali pertama Anwar membuat kenyataan sedemikian. Penulis yakin bahawa Anwar akan tetap kekal mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang mana pernah dimenangi oleh isterinya dahulu.
Banyangan yang cuba diberikan oleh Anwar ini bahawa beliau akan bertanding di kawasan lain hanyalah satu taktik biasa yang tidak perlu kita pedulikan sangat. Anwar berhak bertanding di mana sahaja walau tiada arahan dari parti kerana beliau sendiri yang menentukan siapa akan bertanding di kawasan mana dalam pilihanraya selain parti PKR adalah milik ahli keluarganya.
Jika penyokong Pakatan Pembangkang mengatakan Anwar akan menang walau di mana pun dia bertanding, itu merupakan satu pertimbangan yang silap serta kenyakinan yang membabi buta. Jika kita soroti peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam negara sejak kebelakangan ini seperti Isu Kalimah Allah, masalah rakyat yang tidak selesai di negeri yang ditabir Pakatan Pembangkang, sudah tentu sedikit sebanyak memberi kesan terhadap pemimpin politik Pembangkang yang bakal bertanding kelak.
Diharap tidak ada di antara pemimpin Barisan Nasional terpesona dengan kenyataan Anwar ini. Yakinlah bahawa sekiranya kita ikhlas berkerja keras untuk memenuhi kehendak rakyat, InsyAllah akan mendapat kemenagan pada PRU13 yang dijangka diadakan pada bulan Mac ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.