Pendidikan Seks Di Sekolah Punca Tersebarnya Budaya Tidak Sihat Di Indonesia


Jakarta: Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Mohammad Nuh menolak gesaan supaya pendidikan seks diperkenalkan di sekolah negara itu, kerana langkah itu dipercayai boleh menyebarkan budaya tidak sihat dikalangan golongan muda.

Beliau yang memberi reaksi balas kepada desakan supaya pendidikan seks diajar kepada pelajar sekolah di Indonesia bagi melindungi kanak-kanak daripada dirogol menegaskan, Indonesia tiada keperluan untuk memperkenalkan pendidikan seks di sekolah.

Berdasarkan tradisi kita, adalah tidak sopan bercakap mengenainya dan itu adalah pendirian saya. Saya tidak percaya kita perlukannya sekarang," - Mohammad Nuh, Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia
Tidak sopan

“Berdasarkan tradisi kita, adalah tidak sopan bercakap mengenainya dan itu adalah pendirian saya. Saya tidak percaya kita perlukannya sekarang,” kata menteri pendidikan itu kepada The Jakarta Post.

Lindungi pelajar

Jurucakap Pakatan Wanita Menentang Rogol (APTP), Faiza Moardzoeki berkata bahawa pengetahuan lengkap mengenai hak reproduktif boleh membantu melindungi pelajar daripada pelaku seksual.

Beliau merujuk kepada kes remaja perempuan Depok berusia 14 tahun didakwa dirogol sekumpulan kumpulan pemerdagangan manusia di Bogor, Jawa Barat.

Kejadian culik dan rogol itu boleh dielakkan jika mereka diberikan pengetahuan mengenai seks, terutama dalam mengenal pasti serangan seksual.

Aktivis menggesa kementerian untuk memperbaiki pendidikan reproduktif dalam kurikulum sekolah kebangsaan, dengan menyifatkan ia boleh mengatasi bilangan remaja yang dirogol, di mana ia meningkat kepada 27 kes pada tahun ini.

Mereka mendakwa Nuh tidak memberikan perhatian terhadap serangan seksual pelajar, malah membuat kenyataan negatif mengenai mangsa rogol dengan mengatakan “mereka melakukannya untuk keseronokan dan kemudian mendakwa diri dirogol.” - Agensi - Berita Harian
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.