Pemasangan AES Ditangguh, Dibolehkan Memandu Laju Di Negeri PR

Berita penangguhan pemasangan AES di negeri yang ditadbir oleh Pakatan merupakan satu rahmat besar buat pemandu kenderaan seperti kereta dan lori yang sering memandu melebihi had laju dan selalu melanggar peraturan jalan raya.

Rata-rata pendapat penyokong Pakatan Pembangkang yang penulis ikuti di forum maya mendapati golongan ini nampaknya lebih mementingkan soal duit berbanding nyawa sendiri dan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Biarpun hampir setiap hari kita diperdengarkan dengan berita kemalangan maut, pecah kepala, otak terburai, badan bersepai, namun semua ini sedikit pun tidak memberikan kesan serta keinsafan kepada mereka.

Sudah banyak cara dan kaedah digunakan untuk mendidik sikap pemandu atau pengguna jalanraya agar mematuhi undang-undang. Nasihat sudah, saman pun sudah namun semuanya sia-sia sahaja ibarat mencurah air ke daun keladi. Mungkin hanya MAUT sahaja yang mampu mendidik mereka tentang bertapa pentingnya mematuhi peraturan sewaktu berada di jalanraya.

Selain dari pemasangan AES, penulis ada satu cadangan yang dirasakan boleh memberi kesan dan pendidikan kepada pengguna jalan raya hari ini. Apa kata, pihak kerajaan meletakkan beberapa billboard yang memaparkan gambar-gambar kemalangan maut mengerikan dibeberapa lokasi tumpuan. Mungkin dengan cara ini boleh membantu menyedarkan rakyat Malaysia yang suka memandu kenderaan secara melulu ini sedar akan kesan atau akibat kerana melanggar peraturan jalanraya serta bertapa bernilainya nyawa dari wang ringgit.

KUALA LUMPUR - Empat Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju menangguhkan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, sebanyak 331 kamera AES dicadang untuk dipasang di empat negeri itu, namun pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan.

"Kami akan bertemu Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Long See Wool bulan depan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai AES termasuk kos dan syarikat pengendali," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Guan Eng berkata, pemasangan AES itu seharusnya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa di peringkat kerajaan negeri terlebih dahulu.

AES adalah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan selain bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan serta mampu mengurangkan kemalangan maut.

Ia merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah. - Bernama
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.