'Kuasa Rakyat' Perlu Dizahirkan Agar Kerajaan Pakatan Selangor Menunaikan Segala Janjinya


Pada pendapat penulis, apa yang disarankan oleh Timbalan Pengurusi Badan Perhubungan Umno Selangor ini agar rakyat menuntut hak mereka di mahkamah kerana ditindas oleh kerajaan negeri Pakatan Selangor berhubung isu pemberian subsidi air percuma sebanyak 20 meter padu adalah amat wajar sekali.

Hak untuk mendapatkan subsidi air percuma ini sewajarnya dapat dirasai oleh seluruh rakyat Selangor tanpa sebarang alasan dan juga syarat kerana ia sudah termaktub dalam menifesto yang juga merupakan janji Pakatan Pembangkang Selangor kepada rakyat sebelum memenangi PRU12 yang lepas.

Jika sebelum ini pemimpin Pembangkang sering melaungkan slogan 'Kuasa Rakyat' atau 'People Power' untuk mendesak Kerajaan. Apa kata seluruh rakyat Selangor yang ditindas oleh kerajaan negeri bersatu menggunakan 'kuasa' yang dimiliki untuk mendesak sampai kerajaan negeri menunaikan segala janjinya.

KUALA LUMPUR - Rakyat khususnya pengguna air di Selangor yang masih tidak menikmati subsidi air percuma seperti yang dijanjikan kerajaan negeri berhak membuat tuntutan di mahkamah, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, berdasarkan janji yang dibuat oleh kerajaan negeri, terdapat asas undang-undang untuk mencabar kerajaan negeri kerana telah membuat pengharapan yang sah kepada rakyat Selangor bahawa mereka berhak mendapat air percuma.

"Ini manifesto atau janji yang telah dibuat pakatan rakyat dan janji itu pula saya lihat terbahagi kepada yang terikat dari segi undang-undang dan yang secara moral. Jadi kerajaan negeri perlu lihat perkara ini.

"Janji yang diberikan kerajaan negeri itu saya lihat lebih kepada dari segi moral dan keadilan, kepada rakyatlah yang patut diberi keadilan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Pertanian ke-2 2012 di sini hari ini. 

Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.