Kalau Gila Sangat Nak Jadi Balaci Orang Politik, Tolong Jangan Menyusahkan Mak Bapak!


Penulis rasa kasihan terhadap ibu bapa kepada pelajar kolej bernama Ammar ini. Dek kerana perbuatan anak yang berkelakuan seperti manusia tidak bertamadun akibat dari hasutan yang melampaun dari Pakatan Pembangkang, ibu bapa pula yang terpkasa menanggung malu.

Cuba bagi tahu, ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak? Kalau ada pun yang tidak sayang anak, mesti ibu bapa itu adalah dari kalangan penyokong tegar pembangkang juga. Akibat terikut-ikut dengan gaya orang yang sedang mabuk POLITIK pada usia muda, akhirnya diri sendiri juga yang merana.

Jika kita perhatikan, sepanjang Pakatan Pembangkang menganjurkan sebarang aktiviti demonstrasi dan rusuhan dalam negara, tidak pernah kelihatan muka-muka anak pemimpin Pembangkang ini bersidai di tepi-tepi jalan sambil menyalak sana sini seperti anjing kurap, melainkan anak-anak pemimpin tersebut terlibat secara langsung dalam bidang politik. Itu pun tidak ramai.

Anak-anak pemimpin Pembangkang ini hidup bahagia di rumah besar sambil disirami kemewahan dan wang ringgit tanpa perlu memikir akan masa depan sendiri apa nak jadi. Yang menjadi mangsa adalah anak kepada pengikut buta pemimpin Pembangkang ini kerana rela menjadi keldai tunggangan.

Apa yang penulis bimbangkan ialah masa depan kepada anak-anak muda yang menyokong Pakatan Pembangkang secara membuta tuli ini apabila ditangkap dan didapati bersalah kerana melakukan perbutan yang menyalahi undang-undang. Tidak sempat menghabiskan pengajian dan pembelajaran serta dibuang dari kolej, sudah tentu masa depan akan menjadi gelap di atas perbuatan sendiri.

Penulis tercari-cari juga, di mana dia pemimpin Pakatan Pembangkang yang sering menharamjadahkan rakyat ini? Setelah habis jahanam mereka rosakkan masa depan dan pemikiran budak-budak ini, pemimpin yang kononya akan membela nasib rakyat terus berdiam diri buat-buat tidak tahu dan terlibat. Di mana Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Rafizi Ramli? Tolong tampil ke depan dan bantulah budak-budak muda yang telah diliwat pemikiranya ini.

Kepada budak-budak muda yang baru hendak berjinak-jinak dengan politik, ambil lah pedoman dan panduan dari apa yang telah berlaku ini. Jangan kerana terlalu mengikutkan perasaan serta darah muda yang sedang panas mengelegak, masa depan dan harapan ibu bapa dipersia-siakan kerana menjadi pakturut dan keldai kepada pihak yang berkepentingan seperti pemimpin Pakatan Pembangkang.

Penganglah pada kata-kata penulis ini, bahawa sesungguhnya tidak ada seorang pun dari kalangan pemimpin Pembangkang ini akan mempedulikan nasib kamu kelak apabila ditimpa musibah. Contoh yang paling dekat dan boleh dijadikan iktibar, lihatlah nasib malang yang menimpa Muhammad Amar dek kerana kebodohan diri sendiri.

BATU PAHAT - Bapa kepada pelajar kolej swasta Muhammad Ammar A Rahman, 19, yang melondehkan seluar menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa malam ambang Merdeka baru-baru ini merayu peluang kedua kepada anaknya.
 
A Rahman Abdullah, 53, memohon anaknya itu dibenar melanjutkan pengajian di mana-mana insitusi pengajian tinggi negara ini demi masa depan anaknya yang masih muda.
 
"Saya mohon, untuk masa depan anak saya, berilah peluang kedua kepadanya termasuk untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana selepas ini. Kemungkinan ini kesilapan yang tidak disengajakan dan saya harap dia belajar daripada kesilapannya.
   
"Saya dengan rendah diri, jujur serta ikhlas memohon maaf bagi pihak anak saya kepada Perdana Menteri, isteri dan seluruh rakyat Malaysia," kata A Rahman di Taman Murni, di sini hari ini.
 
Muhammad Ammar, pelajar Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics ditahan bagi membantu polis berhubung kejadian itu di Perhimpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka malam 30 Ogos lalu.

Dia bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan polis pada 10 malam semalam setelah polis selesai merekod keterangannya dan pelajar itu kemudian dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di sini.

Baca seterusnya di Sinar Harian
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. Alahaai.....mak bapak jugak yang kena tanggung malu akibat perbuatan anak yang cuba nak jadi Hero Pembangkang ......

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.