Apa yang terjadi di dunia luar harapnya tak berlaku pada negara kita, di mana aktiviti pelacuran dianggap sebagai perniagaan.
Paris: Beratus-ratus orang termasuk pekerja seks menyertai bantahan di
ibu kota ini kelmarin mengenai rancangan untuk mengharamkan pelacuran.
Mereka berpendapat, usaha seorang menteri mahu menghapuskan amalan
memberi wang untuk mendapat khidmat seks sebagai akan memberi kesan
sebaliknya.
Menteri Hak Asasi Wanita Perancis, Najat Vallaud-Belkacem,
mencetuskan kontroversi lewat Jun lalu kerana mahu pelacuran diharamkan
dengan menghukum mereka yang membayar untuk seks tetapi pelacur
terkecuali
Ahli politik Sosialis itu disokong pejuang hak wanita dan sekutu
dalam kerajaan. Namun, kenyataannya menjadi punca beliau dikritik
kesatuan pekerja seks.
Mereka berpendapat langkah berkenaan akan menyebabkan perniagaan itu berlaku secara tersembunyi sekali gus membahayakan pelacur.
Di Place Pigalle, di tengah-tengah daerah lampu merah Paris, beratus
pekerja seks melaungkan slogan pro-pelacuran menerusi pembesar suara
dan memaparkan papan tanda bertulis “Menghukum pelanggan sama seperti
membunuh pelacuran” dan “Seks juga adalah pekerjaan.”
“Sebelum membuat kenyataan umum, beliau (Vallaud-Belkacem) perlu
membuat kerja rumah, mencari realiti apa itu pelacuran,” kata Morgane
Mertreuil, ketua kesatuan pekerja seks Strauss,
“Perjuangan menentang buruh paksa tidak sejajar dengan idea memberi
hak kepada mereka yang melakukan tugas ini dengan rela hati,” tambah
Mertreuil, yang memakai lencana merah dicetak dengan tulisan ‘Wanita
Pemuas Nafsu.’
Sikap tolak ansur kepada pelacuran di Perancis terletak di
tengah-tengah antara amalan di Netherlands dan Jerman, di mana pekerja
seks berdaftar membayar cukai dan menerima manfaat kesihatan, manakala
di Sweden, mana undang-undang tegas mensasarkan pelanggan pelacur.
Di Perancis dengan anggaran 18,000 hingga 20,000 pelacur, laporan
Yayasan Scelles tahun ini menyatakan, pelacuran tidak diharamkan,
walaupun undang-undang wujud menentang bapa atau ibu ayam, perdagangan
manusia dan menawarkan seks di khalayak ramai. - Reuters
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.