Harvard: Minum kopi lebih dua cawan sehari, atau mana-mana kombinasi
lain minuman berkafein, mungkin merendahkan risiko mendapat barah kulit,
menurut satu laporan baru.
Laporan dalam jurnal Cancer Research mendapati bahawa produk
berkafein termasuk soda, teh dan coklat secara potensi mengurangkan
risiko menghasilkan karsinoma sel basal, bentuk biasa barah kulit.
“Data kami menunjukkan lebih banyak kopi berkafein yang anda
minum, lebih rendah risiko mendapat karsinoma sel basal,” kata Jiali
Han, profesor madya di Hospital Wanita dan Brigham, Sekolah Perubatan
Harvard dan Sekolah Kesihatan Awam Harvard.
Dalam laporan mereka, penyelidik menganalisis data statistik
daripada lebih 112,000 responden untuk Kajian Kesihatan Jururawat.
Bagaimanapun, kata Han, kajian tidak bermaksud orang ramai perlu mula minum jumlah kopi tidak terhad.
“Saya tidak akan mencadangkan peningkatan pengambilan kopi anda berdasarkan data ini semata-mata.
“Bagaimanapun, keputusan kami menambah karsinoma sel basal dalam senarai keadaan di mana risiko dikurangkan dengan peningkatan pengambilan kopi.
“Senarai ini termasuk keadaan dengan akibat kesihatan serius negatif seperti diabetes jenis 2 dan Parkinson,” kata Han. - Agensi
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.