White House Batal Petisyen Pembebasan Anwar Kerana Terdapat Unsur Penipuan

white-house-anwar-free-petition-lie

Satu petisyen menuntut pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara, yang tersiar melalui platform 'We the People' dalam laman sesawang White House, dikeluarkan pentadbirnya kerana dikatakan melanggar peraturan ditetapkan.

"Petisyen yang anda cuba akses ini telah dikeluarkan daripada laman ini mengikut Dasar Moderasi kami kerana ia melanggar Terma Penyertaan kami," kata satu mesej dalam laman sesawang itu.

Ia bagaimanapun tidak memberi sebab khusus petisyen itu dikeluarkan.

Ketua Pembangkang itu kini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat.

Mengikut terma penyertaan, seseorang itu mestilah berumur 13 tahun atau lebih untuk membuka akaun dan/atau menandatangani sesuatu petisyen, atau untuk menyertai 'We the People'.

Petisyen 'We the People' mestilah dibuat individu yang berinteraksi secara terus dengan WhiteHouse.gov, bukan melalui laman sesawang atau perkhidmatan pihak ketiga.

Turut disyaratkan ialah maklumat akaun tidak mengandungi ancaman melakukan keganasan haram; memasukkan bahan lucah, kesat atau memberahikan; kenyataan memfitnah atau palsu; dan istilah yang lazimnya difahami mengandungi maksud tidak senonoh atau kesat atau menghina.

Turut dilarang ialah maklumat yang menceroboh privasi seseorang individu dan maklumat, yang sekiranya diterbitkan, akan melanggar undang-undang jenayah atau menimbulkan liabiliti sivil.

"White House boleh melumpuhkan akaun, membuang tandatangan dan mengeluarkan petisyen yang diwujudkan atau ditandatangani oleh pengguna yang ia mempunyai sebab munsabah untuk mempercayai tidak mematuhi peraturan di atas.

"White House juga boleh menyekat akses daripada alamat IP, yang ia mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai menggunakan sistem automasi atau proses pukal bagi mewujudkan akaun pengguna atau tandatangan petisyen," kata laman sesawang itu.-BERNAMA
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.